ditulis oleh: Noor Syazliyana Bt Mohd Zani
No.Siri: 09| (14021124)
Kita sering
kali mendengar orang memperkatakan perihal Tamadun Islam. Apakah sebenarnya
Tamadun Islam? Apakah sumbangannya dari segi perkembangan Ilmu?Tamadun Islam
ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di
Kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,
kepercayaan, undang-undang, politik dan sebagainya yang berlandaskan ajaran
Islam. Ajaran Islam yang dimaksudkan di sini ialah ajaran Islam berpaksikan
tauhid,iaitu kepercayaan kepada tuhan yang esa. Sumber ajaran Islam ialah
al-quran dan al-Sunnah. Dalam topik ini kita akan mendapat pengetahuan yang
lebih mendalam mengenai sumbangan Tamadu Islam dalam perkembangan ilmu.
Suatu ketika
dulu, imej Islam dipandang hebat oleh dunia Barat dan Timur. Rasulullah s.a.w
membina asas tamadun dengan menjadikan madinah sebagai odel asas dan
dikembangkan oleh para sahabatnya, tabie’ tabi’en, para ulama dan ilmuwan yang
terbilang sehingga menjadikannya tamadun yang bertahan hamper 700 tahun.
Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat
menakjubkan. zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan tradisi sains
dan matemati yang amat mengakumkan. Andalusia menjadi tempat rujukan ilmu dan
barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam.
Orang-orang
Barat melihat Islam di Andulusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuwan
terbilang dalam pelbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa
orang-orang barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani. Dan ilmunya diambil untuk
dijadikan sandaran dalam membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains,
perubatan, geografi, matematik, muzik dan sebagainya. Dari semua itu Barat
membangun kekuatan sebagai bangsa maju dan akhirnya menjadi penaklukdengan
mengembangkan ilmu dan tamadun mereka. Selain itu, fakta yang diakui oleh Barat
sendiri ialah peranan yang dimainkan oleh Islam dalam memperkenalkan sains ke
Eropah iaitu melalui university-universitinya di Andalus, Sepanyol pada abad
ke-13M.Umat Islam cukup terkehadapan dalam tamadun ilmuan, kebendaan dan
kemanusiaan. semasaEropah masih dalam zaman kegelapan di Cordova Bandar umat
Islam sudah diterangi dengsn lampu awam di jalan-jalan rayanya. Pencapaian
ketamadunan orang Islam amat jauh di hadapan ibarat langit dengan bumi kerana
Eropah terlalu masih jauh tertinggal di belakang ketika itu.
o
Antara bidang yang di pelopori
ilmuan Islam ialah seperti berikut:-
BIOLOGI MATEMATIK
ASTRONOMI
OPTIK
PERUBATAN
SEJARAH
KEJURUTERAAN
GEOGRAFI
SAINS KIMIA
TEKNOLOGI
FALSAFAH
No comments:
Post a Comment