Ø SITI NURSHUHADA BINTI KAMARUDIN
Ø 016
Ø 14021266
Seorang pembaca
menulis kepada saya : “Dato’, berilah kami tip untuk mengembara . Semoga
menjadi kekuatan untuk memanjangkan jariah yang baik ini”.
Seorang lagi pembaca
menghantar SMS : “Kami tidak mampu mengembara kerana kosnya mahal dan
persiapannya rumit”.
Kolum kembara
kali ni khas untuk memenuhi hasrat pembaca sekalian yang saya yakin turut
mempunyai persoalan yang sama.
Sebenarnya,
untuk mengembara tidaklah sesusah yang difikirkan. Susah itu hanya terletak
dalam minda kita sahaja. Namun kita harus memiliki kemahiran , pengetahuan dan
persiapan yang rapi.
Islam sendiri
menggalakkan umatnya untuk mengembara. Firman Allah yang bermaksud:
“berjalanlah kamu di atas muka bumi dan carilah kurnia Allah serta ingatlah
Allah banyak-banyak agar kamu beruntung”.(al-Jumuah).
Sejarah juga
telah membuktikan bahawa Islam berkembang ke tanah melayu melalui perdagangan.
Pedagang arab pada waktu itu menggembara berpuluh-puluh ribu kilometer untuk
berniaga di rantau Asia, sekali gus membawa bersama agama Islam.
Islam
berkembang melalui penggembaraan . Malah dengan penggembaraan juga, kita dapat
menimba banyak ilmu dan pengalaman. Rasulullah bersabda , mafhumnya “ tuntutlah
ilmu walau sampai ke negeri China”. (riwayat al-Baihaqi).
Semakin jauh
kita menggembara , semakin banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip.
Seperti kata pepatah melayu” jauh perjalanan luas pemandangan”.Sebelum
berhijrah ke Makkah dan Madinah , Rasulullah pernah menyuruh sahabat
menggembara dan meninjau keadaan di Habsyah dan beberapa tempat lain bagi cari
peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di tempat baru setelah kedudukan
umat Islam amat getir di bumi Makkah sendiri.
Orang yang
bermusafir juga maqbul doanya. Rasulullah bersabda yang bermaksud : “ tiga doa
yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa
orang yang bermusafir”.(riwayat Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).
Rasulullah
selalu memulakan musafir pada hari khamis dan pada waktu malam seperti hadis
Baginda, mafhumnya : “ Rasulullah berangkat ke perang Tabuk pada hari
Khamis”.(riwayat al-Bukhari).
Berjalanlah
pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam”.( riwayat
Abu Daud).
Penggembaraan
Ibnu Battuta
Seorang tokoh
dan cendekiawan Islam dari Maghribi, Abu Abdullah Muhammad Ibnu Battuta,
diiktiraf sebagai pengembara paling hebat dalam sejarah lebih 117,000 km selama
hampir 30 tahun. Jelajahnya meliputi daerah dari Afrika Barat hingga ke
Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China. Jarak ini lebih
jauh berbanding penggembaraan Marco Polo yang hidup sezaman deangan beliau.
Ibnu Battuta
memulakan langkah pertama dalam penggembaraanya ketika menunaikan ibadah haji
di Makkah sewaktu berusia 24 tahun. Perjalanan itu memakan masa selama 16 bulan
dan sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi.
Allah berfirman
“ tidakkah mereka menjelajah muka bumi supaya mereka mempunyai hati yang dapat
berfikir atau telinga yang dapat mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang
buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.”( surah al-Hajj 22: 46)
Melancong atau
menggembara juga memberi kesempatan kepada kita melihat sendiri kehidupan
masyarakat di tempat orang, lebih-lebih lagi di tempat yang kurang bernasib
baik berbanding negara kita. Melihat kemunduran dan kemusnahan di tempat mereka
membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita nikmati.
Kita sendiri menyaksikan Aceh menjadi padang jarak
padang terkukur selepas dilanda tsunami pada 26 disember 2004 dan turut
menyasikan 3 buah kampung tenggelam ditelan bumi akibat gempa di Pariman,
Padang, Sumatera pada 30 September 2009.
Menggembara
bukan sekadar untuk berhibur dan berlibur. Dalam kita bersantai, jangan pula
lupa untuk memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang kita peroleh sepanjang
dalam perjalanan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Panjatkan rasa
syukur setiap kali diberika peluang melihat ciptaannya. Jangan pula dicemarkan
penggembaraan itu dengan perkara-perkara maksiat yang akhirnya merugikan diri
sendiri keran dimurkai Allah.
Nilai Islam
perlu dijujnjung dan dijaga ketika menggembara. Elakkan daripada terjebak
dengan aktiviti yang tidak baik di tempat orang. Allah berfirman yang bermaksud
: “ ditimpa kehinaan dimana-mana sahaja mereka berada , melainkan mereka yang
menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. ( al-Imran 3
:112).
No comments:
Post a Comment