Thursday, February 23, 2017

BERDOALAH SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENDENGAR


Ditulis oleh:Hasbul Yamin bin mohd Zin
No matrik:14021084
No siri:113

Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-sami’.Allah maha mendengar rintihan, aduan,kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hamba-nya pada setiap masa,tempat dan ketika.Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hamba-nya yang bertaubat ialah doa daripada hamba-nya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hamba-nya ibarat ‘kekasih’ yang saling mencintai.Jika kekasih dalam kalangan manusia mungkin akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali,sebaliknya Allah tidak sebegitu.Berdoalah,nescaya Allah akan perkenankan.Demikian yang Allah tegaskan dalam al-Quran.

Itulah kehebatan Allah sebagai al-sami’.Allah sudi dan mampu mendengar doa daripada hamba-hamba-nya pada satu masa!Dia mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan –nya mendengar rintihan dan doa tanpa jemu,tanpa mengira pangkat,darjat,harta dan rupa.Allah mendengar permintaan seorang raja,Allah juga mendengar rintihan seorang hamba.Sesungguhnya Allah maha adil.

Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah,Allah tetap mendengar semua rintihan itu.Sedangkan seorang kaunselor,ulama,kadi atau hakim yang terbaik sekalipun tidak akan mampu mendengar dua atau tiga masalah pada sesuatu masa serentak.
Bayangkan,bagaimana Allah mampu melayan pelbagai doa daripada berbilion-bilion manusia.Oleh sebab itu Allah bukanlah sahaja mendengar tetapi dia maha mendengar!

Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia,sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah,termasuk dalam soal mendengar ini.Ya,jika orang yang bercakap itu tinggi pangkatnya,maka orang bawahan senyap terpaku membisu.Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan,mungkin mendengarnya  sambil lewa ataucepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya.kalau si kaya menengur,semua pihak menelinga dan tunduk akur.tetapi apabila si miskin yang mengadu,ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

Mengapa begitu sikap kita?mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mendengar?malah lebih malang lag,kita begitu berat untuk menadah tangan berdoa kepada-nya.Mengapa?Adakah mereka rasa Allah tidak mendengar atau malas hendak berdoa?

Sebenarnya,malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dan kesan daripada keras hati itu akan menyebabkan kita ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat.Sebaliknya dengan berdoa hati akan menjadi lembut,fikiran akan menjadi cerdas,perasaan akan menjadi lebih tenang dan anggota akan menjadi cergas.

Akhir kalam,marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah,agar hidup kita menjadi lebih tenang dan berjaya didunia dan diakhirat.Rugilah kita jika tidak berdoa kepada Allah s.w.t.Sesungguhnya doa itu merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *