Friday, February 24, 2017

SENI MUZIK DALAM ISLAM

DITULIS OLEH: WAN NOOR ASILAH BINTI WAN RAZALI
NO. MATRIK: 14021232
NO.SIRI: 081

Nyanyian dan muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang utama. Ia dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika dibandingkan dengan seni-seni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam merupakan agama yang indah dan Allah SWT sendiri sebagai pencipta alam semesta ini turut dikenali dengan sifatnya yang Maha Cantik dan juga menyukai kecantikan dan juga keindahan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya
(As-Sajdah:7)
Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah SWT itu sendiri menciptakan setiap kejadian dengan sebaik-baiknya (sempurna). Sebaik-baiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah SWT yang maha indah dan menyukai keindahan. Tetapi, nasyid Islami yang banyak kita dengar sekarang ini itu, bukanlah nasyid yang dilakukan oleh para sahabat Nabi yang mereka lakukan ketika mereka melakukan perjalanan jauh ataupun ketika mereka bekerja, akan tetapi nasyid-nasyid saat ini itu merupakan budaya kaum sufi.
Saudaraku, siapa di antara kita yang tidak mengenal musik? Dan di antara orang yang mengenal musik, siapa dari mereka yang menyukainya? Mungkin ada di antara kita yang mengangkat tangan dan ada yang tidak. Sebahagian kita ada yang menyukai musik dan ada yang tidak. Kerana hal ini disebabkan oleh adanya pro dan kontra akan hukum musik itu sendiri dan juga kerana ketidaktahuan kita akan manfaat dan bahaya musik itu sendiri.

Pada kesempatan kali ini, mari kita kaji apa sebenarnya hukum musik itu sendiri? Apatah lagi jika musik itu dinisbatkan kepada Islam. Oleh kerana kita adalah orang islam, kita harus meyakini kebenaran yang datang dari firman Allah SWT dan sabda Rasul-Nya. Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata, bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya. Daripada beberapa dalil al-Qur’an, setiap benda yang baik lazimnya halal. Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik, akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah islam.

Namun, apabila kita membicarakan isu mengenai nyanyian dan muzik, setiap umat islam hendaklah melihat isu dengan kaca mata ilmu yang benar. Kita tidak boleh mengutip apa sahaja pandangan yang dikeluarkan tanpa menilai sedalam-dalamnya dan bagaimana kesannya kepada umat. Kita perlu sedar bahawa zaman kita ini bukanlah zaman yang terbaik bahkan kalau kita lihat daripada hadis-hadis Nabi SAW  menerangkan bahawa zaman ini adalah zaman yang dipenuhi dengan kerosakan dan kefasadan. Zaman ini disebut sebagai zaman di ambang kiamat.

Ramai juga di kalangan umat islam termasuk ulama beranggapan bahawa isu mengenai nyanyian dan muzik adalah masalah khilafiyyah. Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi nyanyian dan muzik menurut syarak. Ada sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan muzik adalah haram manakala setengah lagi menghalalkan dan tidak kurang ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.

Landasan hukum nyanyian dan musik

Bagaimana islam membahas terhadap nyanyian dan musik? untuk memutuskan hukum dalam dua perkara ini, samada halal ataupun haram, mesti betul-betul berlandaskan dalil yang shahih (benar) dan sharih (jelas). Dan tajarud, iaitu hanya tunduk dan menjejaki sumber landasan islam sahaja iaitu al-Qur`an, sunnah yang shahih serta Ijma`. Manakala, nyanyian dan musik di dalam Fiqh Islam pula termasuk dalam kategori muamalah ataupun urusan dunia dan bukan ibadah. Hingga terikat oleh kaedah: Hukum dasar dalam sesuatu (muamalah) merupakan halal (mubah) hingga datang dalil yang melarangnya.

Kata Imam Al-Ghazali:

Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al-lahwu (berhibur seketika)? Beliau berkata: Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al-lahwu dan permainan dan semua guarauan bersama isteri adalah al-lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al-lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.

Maka al-lahwu adalah ubat juga bagi jiwa. Maka sudah semestinya ia harus. Tapi al-lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan. Jika al-lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah SWT. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzik janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji, tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerehatan semata-mata. Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat abrar (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin (mereka yang sangat hampir dengan Allah SWT) dan seterusnya. Oleh itu, kita mesti mengambil hukum am atau pada kadar biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merehatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).

Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah.


Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab islam, ini menuntut kesedaran islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu muslim supaya membentuk aliran industri musik yang tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat barat. Sebarang percubaan barat untuk menghanyutkan umat islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang menetapi kaedah masoleh mursalah (kepentingan awam), sadd adz dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga urf (adat budaya tempatan).

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *