NAMA : CHE DAHLIAWATI BINTI
CHE DAUD
NO SIRI : 051
Nikah khitbah adalah
sma dgn istilah nikah gantung tetapi khitbah itu nama dalam bahasa arab.Ia
adalah pernikahan sama seperti nikah yang biasa dilakukan , yang membezakannya
adalah , pasangan suami isteri yang baru lepas nikah itu tidak tinggal
sebumbung . Si suami juga tidak wajib memberikan nafkah zahir dan batin . Si
isteri pula masih lagi di bawah tanggungan ayahnya sehingga majlis perkahwinan
mereka dijalankan ataupun sehingga si isteri tinggal sebumbung dengan si suami
.
Bagi istilah remaja zaman
sekarang , ia dipanggil couple yang halal , ini bermaksud pasangan suami isteri
bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki , seperti , berjalan
berpegang tangan dan sekiranya si isteri hamil semasa mereka masih dalam tempoh
nikah khitbah anak itu sah kerana suami dan isteri telahpun menjalankan akad
nikah .
( Golongan yang melakukan nikah
Khitbah @ gantung )
Antara golongan yang melakukan
nikah Khitbah adalah ,
> golongan belum berkemampuan untuk menyara keluarga
> golongan belum berkemampuan untuk menyara keluarga
> golongan masih belajar
> golongan belum mendapat
kerja
> golongan pelajar di IPT
Menurut sumber yang saya
rujuk , ibu bapa haruslah memberi kebenaran kepada anak jika mereka ingin
bernikah kerana sudah saling mencintai , takut fitnah , dan kalah kepada nafsu
, kerana jika ibu bapa menolak keinginan mereka pasti berlaku sesuatu yang
tidak diingini apabila dicampur dengan hasutan syaitan . Maka dengan itu ,
turuti keinginan mereka dan biarkan anak-anak buat pahala . daripada calling2 ,
sms , berdua-duaan , bermanja-manja ..... baik biar diorang calling , sms ,
berdua-duaan , bermanja-manja ngan pasangan diorang kan dapat pahala tu
???
ni semua hanya sekadar perkongsian je ... mana
tahu berguna untuk pembaca-pembaca ni kan .... Allahualam .. tiada paksaan dalam
Islam kan cuma kita harus fikir kadang-kadang benda yang terbaik untuk diri dan agama kita
... jaga maruah diri dan agama kita Insya Allah bahagia dunia akhirat . :)
No comments:
Post a Comment