Tuesday, February 28, 2017

DAPATKAH MUZIK MENYEMBUHKAN PENYAKIT?

NAMA:NURUL SUHADAH BT MOHAMED JUHARI
NO.SIRI: 017

            Sejarah awal perkembangan muzik di Eropah bermula pada tahun 1930-an. Peranan muzik bukan sedikit kerana muzik turut berperanan dalam penyembuhan penyakit. Hal ini dikesan apabila doktor dan jururawat di Eropah menyedari betapa pesakit memerlukan sesuatu yang seni daripada alunan suci itu, maka seorang pakar muzik mula dijemput kerumah sakit.

            Sebuah tempat khas disediakan, iaitu di ruang kosong dengan persekitaran yang sunyi. Program yang lebih tersusun direncanakan dengan objektif utama untuk mencegah keletihan dan rasa jemu pesakit. Hal ini mencakupi peranan muzik itu sendiri sebagai ubat mujarab dalam penyembuhan penyakit. Tidak ada paksaan bagi pesakit untuk datang ke ruang tersebut. Namun begitu, tarikan alunan yang gemersik benar-benar memaut hati mereka.
            Pada mulanya, para doktor hanya membenarkan  mereka yang berpenyakit paru-paru untuk mendengar petikan gitar yang dimainkan oleh orang tua yang memang pnadai bemain gitar. Bagaikan ada selingan keramat dibawa oleh pemuzik tua tersebut, semua pesakit ingin datang. Ada yang datang dengan berselimut untuk mendengar petikan gitar tersebut,kecuali mereka yang tidak dapat meninggalkan katil mereka.

            Tulisan Christine Hendrick Duchaine menemukan muzik sebagai kekuatan penyembuhan (kuratif) muzik (Music in Education, terbitan UNESCO ) bahawa pendidikan kesihatan berdasaarkan muzik menjadi pendorong kepada keaktifan intelektual sehinnga dapat membuka pandangan baharu.

            Ahli psikologi, Ernest R.Hilgrad, dalam Introduction to Psychology mengakui  bahawa “Seseorang yang sihat mentalnya merupakan orang yang tenang”. Hal ini bermakna bahawa dia tidak perlu bersusah hati jika menghadapi masalah. Dia dapat memecahkan permasalahannya dengan cara realistik dan dapat menerima sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Dia juga memahami dan menerima kekurangan dirinya sendiri. Begitu juga dengan kekurangan orang yang berurusan dengannya. Sebaliknya, orang yang gelisah dan tidak betah menghadapi masalahnya sering berusaha mengatasi dengan menyangkal masalhnya. Itulah sebabnya sesetengah pakar meletakkan muzik dan doktor sebagai dua “saudara kembar”. Baik dahulu mahupun kini, muzik bersekutu dengan doktor (physician).

            Beradab-adab lamanya muzik digunakan untuk meringankan rasa bimbang, kesakitan, atau mengembalikan ketenangan fikiran. Orang Yunani dikaitkan dengan kebudayaan muzik purba. Mereka menganggap muzik sebagai pernyataan harmoni atau keselarasan dalam universum (ala semesta). Seorang ketua suku yang sakit mempercayai bahawa dukun yang melakukan pengubatan dengan selingan nyanyian dan irama pengubatan akan membawa pesakit kembali ke alam harmoni.
            Menurut sejarah Nabi  Daud, baginda dikatakan mempunyai keajaiban kerana dapat menyembuhkan penyakit dengan menggunakan arpa ( sejenis damar untuk menguatkan tali biola). Baginda dapat menghimpunkan ribuan rohaniawan sebagai pemuzik handal. Nabi Sulaiman pula dikatakan menghimpun ratusan ribu trompet di rumahnya.

            Pada abad pertengahan, doktor tertarik untuk menulis tentang muzik sebagai bahan hiburan, di samping penggunaannya dalam penyembuhan penyakit. Dr.Joseph Louis Roger, sebagai doktor terkenal, menerbitkan sebuah buku pada tahun 1748 tentang hasil disiplin muzik sebagai hiburan untuk mental manusia, irama sebagai hukum harmoni dan disiplin yang tinggi.
            Menjelang adab ke-19 dan ke-20, muncul satu penelitian tentang manusia yang dihubungkan dengan ilmu teknologi. Hal ini bermula Beethoven dan berakhir dengan Schoenberg, Strawinsky dan Bartok. Selepas itu hal ini diikuti pula oleh muzik bercorak nasional dan Smetana, kemudian penemuan terhadap muzik dibuktikan dengan penyembuhan bagi orang cacat, terutama dalam kalangan remaja. Apabila kanak-kanak cacat turut memukul gendang, ternyata muzik menjadi ikutan dan berlakulah paluan gendang yang bergilir-gilir. Maka terjadilah semacam percakapan tanpa bicara kerana muzik merupakan seni bukan verbal yang dapat menghubungkan si buta dengan si buta dan dengan si celik.
            Beethoven (1770-1827) ketika mudanya terkenal sebagai pemain piano terkemuka di Wina. Dia sebenarnya menyimpan rahsia kesengsaraan hidupnya. Dia mengalami masalah pendengaran yang kurang baik (tuli). Ternyata bahawa muzik dapat menyembuhkan penyakit dan mempunyai pengaruh yang jelas kepada kehidupan manusia, baik manusia cacat mahupun manusia normal. Kita semua memang “terhutang budi” kepada muzik. Hal ini disebabkan muzik berperanan melengkapkan perjalanan hidup kita. Terima kasih, muzik, dan terima kasih diucapkan kepada sekalian pemain dan pengubah muzik serta sekalian pereka alat muzik di seluruh dunia!.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *