Saturday, February 25, 2017

BERCAKAP BESAR UNTUK MENGGAPAI YANG BESAR

Ditulis oleh : Aminah binti Awang@Ghazali
No. Matrik : 14021111
No. Siri : 064

Cakap tak serupa bikin ! selalu kita dengar perkataan ini ? sepanjang hayat kita berapa kali orang mengatakan begitu terhadap diri kita?

            Risiko bercakap kemudian gagal melaksanakannya atau membuktikannya amat besar. Ia membabitkan maruah, harga diri dan kepercayaan masyarakat sekeliling. Jika kita seorang pemimpin, risikonya lebih tinggi. Tidak terkecuali jika kita seorang yang popular, orang akan menilai disetiap detik dan sudut. Bukan saja perkataan kita yang akan diperhati, malah gaya hidup turut akan dinilai.

            Maka itulah Rasulullah S.A.W. menyarankan supaya kita lebih banyak berdiam diri jika tiada apa-apa yang mustahak hendak dibicarakan. Mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah itu amat ditegah kerana ia dikira lara dan tidak menyumbang kepada keimanan. Dari sudut psikologi juga ia dilihat sebagai tidak menyumbang pada keintelekkan.

            Malah manusia diberikan lidah yang lembut, mudah diputar-putarkan mengikut apa yang tergerak dihatinya. Maka, bagaimanapun cuba dikawal, kadang-kadang terlepas juga kata-kata yang berunsurkan kesombongan. Dalam tidak sedar, kata-kata itu dinilai orang, malah mungkin lekat di ingatan orang. Tiba ketikanya tatkala sudah terlupa, tiba-tiba orang menerjah dengan kata-kata, “Cakap tak serupa bikin!”


            Jika ada yang pernah mengalami seperti ini tentu akan berasa down sekali. Biasanya kita tahu bahawa kita sendiri telah mengingkari prinsip-prinsip yang dibentuk dahulu. Benar sekali, bercakap itu mudah tapi melaksanakannya cukup payah. Bercakap tentang kebaikan itu mudah tapi merealitikannya atau mempertahankannya sangat susah.

            Mari kita lihat apa biasanya kita terlupa hingga wajar kita di nilai dengan kata-kata “Cakap tak serupa bikin!”
Sentimen bencikan keganasan dan peperangan selalu kita laungkan. Kita tidak segan-segan mengutuk Amerika atas sikap biadapnya suka menceroboh negara lain dalam masa yang sama kita masih menjadi pelanggan utama produk-produk keluaran Amerika termasuklah yang boleh merosakkan dan memudaratkan kesihatan kita. Kita tidak segan-segan mengeluarkan duit, membeli sekotak demi sekotak rokok dan menghisapnya penuh nikmat, sedangkan pada masa yang sama kita mengutuk si pembuatnya.

Selalunya kita berasa berhutang pada seseorang yang berbakti kepada kita dengan cepat-cepat mengucapkan terima kasih tapi dengan Allah, kita tidak rasa berhutang apa-apa sedangkan setiap saat udaranya kita ambil untuk terus hidup. Ini dibuktikan dengan tidak sembahyang, melewat-lewatkan sembahyang tanpa alasan, atau terus gemar berbuat dosa. Apakah kita cakap serupa bikin ?
Kita benci kalau diumpat orang, tapi kita cukup senang memperkatakan keburukan-keburukan orang lain. Mulut kita macam tidak boleh ditutup daripada mengutuk, menghina dan menyebarkan keaiban kepada orang lain. Kita juga lebih gemar menonton drama yang menceritakan kekalutan masyarakat. Semakin banyak umpat keji dalam sesebuah drama itu, semakin menarik kita rasakan. Apakah kita cakap serupa bikin?
Di atas persada dunia, pemimpin selalu menyeru kepada kedamaian, bersatu dan berkasih sayang tapi siapa lagi yang mencetuskan gendang permusuhan dan menyalakan obor peperangan kalau bukan pemimpin. Apakah mereka cakap serupa bikin?
Sebenarnya banyak lagilah perkara yang kita lakukan dalam hidup tidak serupa seperti apa yang kita perkatakan. Kita kata begini pada suatu masa tapi dalam masa yang sama kita buat begitu, bertentangan sekali dengan “buat” dan “cakap”. Semak-semak diri, apakah selama ini kita memakai mahkota yang bernama “Cakap tak serupa bikin” atau mahkota kita itu bernama “Bikin serupa cakap”.
Wallahu’aklam…


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *