Saturday, February 18, 2017

Gejala sosial yang semangkin berleluasa, salah siapa?

Nur Syafiqah binti Ismail
No. Siri : 026
No. Matrik : 14021271

Gejala sosial ialah suatu perbuatan yang tidak bermoral yang sering dilakukan oleh golongang remaja. Rata-rata masalah ini berpunca daripada remaja yang mempunyai masalah atau tergelincir dari persekolahan. Ada juga dikalangan remaja yang  yang ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Mereka pada mulanya hanya ingin mencuba secara suka-suka tetapi apabila dilakukan mereka merasa seronok dan meneruskan berbuatan tersebut. Isu gejala sosial melibatkan remaja tidak pernah sunyi daripada diperkatakan. Di dada-dada akhbar juga sering memaparkan tentang kes –kes gejala sosial yang semangkin berleluasa di kalangan remaja. Angka peratusan remaja yang terlibat dengan gejala sosial yang  semankin meningkat ini amat membimbangkan kerana remaja merupakan asset kepimpinan Negara pada masa akan datang .

 Sesetengah masyaraka terus-terusan menyalahkan ibu bapa apabila berlakunya perkara tersebut. Walaupun ibu bapa berperanan tetapi perlu difahami mereka bukan faktor utama penyebab anak-anak mereka terjebak dengan gejala sosial. Masyarakat juga sering menyalahkan dan menunding jari pada ibu bapa apabila seseorang anak tidak berjaya dalam pelajarannya atau terlibat dengan gejala sosial, mereka mengatakan bahawa ibu bapa “ tidak pandai” mendidik anak mereka.Tidak dinafikan terdapat juga remaja yang terlibat dengan gejala sosial disebabkan oleh faktor kurangny didikan daripada ibu bapa.

Namun jelas, pada hakikatnya, tiada seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menjadi tidak baik dan terlibat dengan gejala yang sosial. Ada ibu yang sanggup berhenti bekerja semata-mata untuk  menumpukan perhatian terhadap anak-anak mereka. Bermacam pengorbanan yang mereka lakukan untuk melihat anak mereka membesar denga baik. Terdapat faktor lain lain lebih mendorong mereka terjebak dengan gejala yang tidak bermoral tersebut. Seperti yang dapat kita lihat, para remaja lebih terpengaruh dengan rakan-rakan, majalah hiburan dan komik yang merosakkan minda mereka. Ditambah pula di zaman yang serba canggih ini mereka lebih terpengaruh dengan internet yang tanpa sempadan. Mampukah ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka sepanjang masa?

Peranan kejiranan juga semakin berkurang dalam masyarakat hari ini, mereka lebih mementing diri sendiri dan tidak mempedulikan walaupun perbuatan tersebut berlaku di depan mata mereka. Mereka sering mengabaikannya, malah mereka sering berkata “bukan anak aku”. dengan sikap yang demikianlah  masalah sosial dikalangan remaja tidak dapat dibendung malah semakin berleluasa. Ahli kariah masjid juga perlu memainkan peranan untuk mengajak mereka ke masjid dengan menganjurkan program yang boleh menarik minat para remaja untuk datang ke masjid. Undang-undang Negara juga tidak dapat membendung masalah tersebut kerana apabila mereka ditangkap mereka tidak diberi pengisian rohani menyebabkan apabila mereka dibebaskan mereka akan mengulangi perbuatan tersebut.

Di sekolah pula anak-anak lebih ditekankan untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran mereka sehigga mengetepikan kecemerlangan akhlak. Pelajar dilatih untuk bergelar cemerlang dan mengumpul  ‘A’ dalam peperiksaan tanpa menekankan prinsip akhlak dan kerohanian. Dalam hal ini ibu bapa perlu bekerja sama dengan pihak sekolah untuk mendidik anak –anak mereka, ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru sepenuhnya begitu juga sebaliknya.

Untuk menangani masalah sosial anak-anak perlulah diberi pendidikan agama yang cukup semenjak mereka masih kanak-kanak lagi. Menurut kajian 70% remaja yang terlibat dengan gejala sosial ialah mereka yang tidak mengerjakan solat. Solat dapat mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara –perkara yang mungkar. Pendikan anak-anak perlulah disesuaikan dengan persekitarannya. Dalam erti kata lain mendidik anak hari ini perlukan kebijaksanaan.

Bagi ibu bapa yang mempunyi anak yang bermasalah dan terjebak dengan gejala sosial,mereka jangalah berputus asa. Berdoalah kepada Allah SWT supaya memberi hidayah dan merubah anak-anak mereka supaya menjadi anak yang baik dan meminta kepada Allah supada Allah merahmati rumah tangga dan dilimpahi mawaddah war rahmah (kasih sayang).

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *