Tuesday, February 28, 2017

IKHLAS DALAM BERSAUDARA

NAMA : NAJWA HAYATI BT MOHD YUSOFF
NO SIRI : 015

            Menjalinkan persaudaraan sesama Muslim merupakan bentuk “ taqarrub “ dan ketaatan kepada Allah yang paling baik. Allah SWT berfirman yanf bermaksud ‘ sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam diri mereka rasa kasih saying ‘. ( surah maryam 26 )

            Cinta kerana allah itu ikhlas, tulus, bebas daripada tipu daya, jauh daripada khianat, tidak akan dibimbangi mendatangkan mudarat, bersih daripada maksud duniawi dan kekal abadi. Tidak ada istilah “ ada udang di sebalik batu “ atau tujuan buruk yang lain kerana persaudaraan itu semata-mata untuk mendapat keredahaan Allah.
            Ada sebahagian mengaggap ikhlas hanya boleh dipraktikkan dalam hal-hal ibadah khusus seperti solat, sedekah dan lain-lain. Tetapi sebenarnya, ikhlas juga dituntut dalam segala bentuk urusan termasuk bersilaturrahim dan berbakti kepada orang lain.

            Jika kita ikhlas kerana Allah, Allah akan mencintai kita dan menjadikan manusia cinta kepada kita. Sebaliknya, setiap jalinan ukhwah yang tercipta di dunia dengan tujuan selain Allah, akan berbalik menjadi permusuhan pada hari kiamat. Dengan kata lain, jika ikatan persaudaraan itu dibina keran Allah, ia akan kekal selamanya sehingga ke akhirat,

            Ikhlas seharusya disenai untuk menambah keimanan dan banyak lagi kebaikan yang akan diperoleh dalam menjaga hubungan persaudaraan ini. Hati juga terdidik untuk menjauhi sifat hasad, dendam dan sombong. Selain ikhlas, ada beberapa lagi sikap lain yang diperlukan seperti simpati dan memjaga rahsia.

            Kesempurnaan iamn amat berkait rapat dengan kasih saying. Rasulullah SAW berdabda yang bermaksud “ Demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman , dan kamu tidak akan beriman ( dengan sempurna ) sehingga saling mencintai “ ( riwayat muslim dan Ahmad ).

            Orang yang beriman ialah hamba yang dipilih Allah dan diberikan kecenderungan untuk member manfaat dan menyayangi orang lain. Hati, lidah dan tubuh badannya dipelihara daripada sesuatu yang akan membuatkan orang lain teraniaya. Rasulullah SAW ialah contoh yang teladan dalam setiap urusan terutamanya berkasih saying. Baginda mempraktikkannya sebelum menyuruh para sahabat untuk melakukan.
            Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk menjalin ukhuwah persaudaraan atau silaturrahim ini. Paling afdal ialah dengan menziarahi mereka, terutamanya kaum  kerabat terdekat, membantu mereka ketika dalam kesusahan dan sebagainya.
            Dengan adanya kecanggihan teknologi perhubungan dan komunikasi yang serba canggih kini, semua itu dapat melakukan dengan begitu mudah sekali. Alat-alat komunikasi seperti telefon bimbit dan internet memudahkan kita untuk beibadah dan menambah pahala dengan menelefon, bertanya khabar, saling menasihati, bertukar-tukar pandangan dan sebagainya supaya silaturrahim yang dijalinkan lebih erat, mantap dan kukuh.
            Bukan itu sahaja, jarak perjalanan untuk mengunjungi atau menziarahi, terutamanya ibu bapa dan sanak saudara tidak menjadi halangan dengan system pengangkutan yang baik seperti kapal terbang, kereta api, kereta , malah sistem jalan raya juga bertambah baik dengan pembinaan lebuh raya yang mampu menyingkatkan masa dan tenaga. Bukankah zaman serba moden seperti ini sepatutnya mengeratkan lagi silaturrahim yang telah wujud ?
            Apabila hubungan persaudaraan antara keluarga dan masyarakat dijaga dengan baik dan utuh, Negara juga akan mendapat hasilnya. Hasil yang baik itu merangkumi ikatan silaturrahim yang bakal membentuk pengukuhan dari aspek ekonomi, politik, agama, social, dan lain-lain lagi.

            Setiap orang yang beriman seharusnya mampu untuk menjadi penyayang dan berkasih sayang. Walaupun seperti bukan mudah untuk melaksanakan, namun sebenarnya tidak sukar jika diniatkan dengan tulus ikhlas dan sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *