Saturday, February 18, 2017

BIMBINGAN AL-QURAN

DITULIS OLEH :NUR FITTIR BNTI RAZALI
NAMA PENUH:NUR FITTIR BINTI RAZALI
NO SIRi:056
No matrik:14021136

               Perkataan al-Quran membawa pelbagai makna.Antaranya ialah membaca,kumpulan ayat yang telah disampaikan,dan himpunan ayat yang telah diwahyukan oleh Allah S.W.T .Para ulama telah bersepakat mendefinasikan al-Quran sebagai kalam Allah S.W.T.yang mukjiz, lafaznya dalam bahasa arab dan maknanya daripada Alaah S.W.T yang termaktub dalam mashaf,dipindahkan secara mutawatir.

AL-QURAN KITAB YANG SEMPURNA
Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S..A.W yang mengandungi syariat Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah dan kepercayaan, politik dan pemerintah,ekonomi dan pembangunan, sosial dan kemasyarakatan, dan sebangainya.

Aspek akidah dan kepercayaan,ketuhanan( ilahiyat): memperbetulkan kepercayaan dan keyakinan umat manusia dari kesesatan seperti menyembah dan berhala kepada menyembah dam mengabdkan diri kepada Allah S.W.T.Kerasukan (Nubuwwat):menerangkan tentang 25rasul yang wajib diimani juga berkenaan dengan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka serta mengisahkan tentang perjuangan yang mereka lalui untuk menjadi contoh teladan dan pengajaran.Perkara ghaib (Sam’iyyat):berkenaan dengan perkara yang tidak dapat ditanggapi oleh akal manusia seperti balasan dosa pahala, har kebangkitan (kiamat),syurga dan neraka serta qada dan qadar Allah S.W.T.
Aspek syariat:Merupakan peraturan hidup yang telah dtentukan oleh Allah S.W.T.supaya manusia boleh hidup dengan aman dan damai di muka bumi ini.Ia meliputi perkara-perkara berikut:pengabdian (ibadat):Meliputi cara bersuci,solat,puasa,zakat,haji,sedekah dan sebagainya.Perundangan(jinayat): berkisarkan tentang hukuman hudud,qisas,takzir,diyat dan sebagainya yang berkaitan dengan jenayah dalam Islam.Kekeluargaan(munakahat):meliputi perkahwinan,cerai,nafkah dan sebagainya.Jual beli(muamalat):Tentang urusan jual beli ,pajak,gadai,pengharaman riba dan sebagainya.

ASPEK BUDI PEKERTI(akhlak):
Al-Quran mencela sifat-sifat yang yang buruk sepeeti menfitnah,menipu,menganianya,dan sebagainya.Al-Quran sebaliknya memuji sifat-sifat mulia serta memuji orang-orang yang beramal dengan sifat-sifat yang yang baik seperti sabar,jujur,amanah dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR PENURUNAN AL-QURAN
             Allah menurunkan al-Quran untuk memberi hidayat kepada manusia.Selain itu,al-Quran juga diturunkan untuk membimbing akal manusia yang lemah dari  terpesong.Al-Quran dapat membimbing segala tindak manusia daripada berpandukan hawa nafsu dan keupayaan akal semata-mata.Ia juga ditirunkan supaya menjadi petunjuk bagi sesuatu perkara serta rahmat kepada manusia.


             Kesimpulannya,Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia tentang kejadian alam semesta.Al-Quran merupakan teras  kepada ilmu pengetahuan yang menggunakan akal dalam proses untuk mendapatkannya.Selain itu,al-Quran mengajar manusia untuk berfikir rasional  dan ia juga mengajak manusia untuk mencari bukti tentang sesuatu kenyataan.Al-Quran memimpin dan membimbinh akal untuk mengenali Allah S.W.T dengan memikirkan serta menghayati ciptaan Allajh S.W.T.Oleh itu,manusia dianjurkan supaya berfikir secara Islam supaya segala perkara yang yang diilhamkan oleh akal selari dengan syariat Islam .Ini kerana terdapat golongan yang mempunyai akal yang cerdik tetapi digunakan untuk menjauhkan diri daripada petunjuk ilahi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *