DITULIS OLEH:NUR
FITTIR BINT RAZALI
NAMA PENUH :NUR
FITTIR BINTI RAZALI
NO SIRI:056
NO
MATRIK:14021136
Sistem sosial Islam bermaksud sistem
perhubungan sesuatu kelompok manusia dengan kelompok yang lain dan mereka ini
diikat dengan beberapa nilai yang ditetapkan oleh islam.Di bawah sistem ini
terdapat unit sosial yang lebih kecil
seperti sistem keluarga yang lazimnya terdiri daripada individu seperti
suami,isteri,anak-anak,ayah,ibu,datuk, dan nenek.
Elemen penting sistem sosial Islam
adalah pertama:ukhwah islamiyyah iaitu Islam menitik beratkan perhubungan
sesama manusia berdasarkan berdasarkan ukhuwah Islam iaitu persaudaraan atas
dasar agama yang luhur tidak merentasi sempadan warna kulit,agama dan juga
bangsa.kedua:kasih sayang ,Dalam Islam kasih sayang dapat ditunjukkan melalui
kebajikan dan keperluan sesama manusia.Sifat saling bantu-membantu dan
tolong-menolong akan membawa kepada keamanan dan kehormonian umat
Islam.Ketiga:hormat menghormati,sikap saling hormat – menghormati harus dididik dari kecil lagi kerana ianya
akan menjadikan seseorang itu lebih menghormati hak orang lain dan haknya
sendiri.Ianya amat dituntuk dalam agama Islam mahupun dalam agama yang lain.
CIRI-CIRI SiSTEM
SOSIAL ISLAM
Sistem soaial Islam ialah menegakkan
yang makruf dan mencegah yang mungkar,ini bertujuan bagi mengelakkan kerosakan
dari berleluasa dalam masyarakat di samping mewujudkan sikap saling
tolong-menolong dan sifat saling menjaga kebajikan di antara satu sama
lain.Selain itu,ia juga mementingkan perpaduan dan kasih sayang.Sistem sosial
Islam bercirikan perpaduan dan kasih sayang,sesuai dengan matlamat kejadian
manusia itu sendiri iaitu supaya mereka saling mengenali di antara satu sama
lain.Sistem sosialm Islam berteraskan akidah islamiyyah ,Islam meletakkan
akidah sebagai syarat utama di dalam membezakan di antara sistem sosial Islam
dengan sistem sosial barat yang
dihasilkan oleh pemikiran manusia.Selain itu,system sosial Islam amat mengambil
berat terhadap ilmu pengetahuan .Ilmu ini bukan sahaja hanya yang berkaitan
dengan akhirat semata-mata bahkan juga ilmu untuk kehidupan di dunia.
KONSEP SISTEM
SOSIAL ISLAM
1.HAK INDIVIDU iaitu
penjagaan diri dari segi jasmani ,rohani dan kesihatan tubuh badan,menjauhkan
diri dari tingkah laku dan akhlak yang tidak baik,mencari rezeki yang
halalpembinaan rohani dengan melakukan ibadat dan pengabdian kepada Allah S.W.T.
2.HAK
KEKELUARGAAN: adalah menyediakan dan menjaga keperluan kelurga seperti tempat
tinggal yang selesa ,kenderaan yang baik dan makanan yang berkhasiat untuk
kesihatan ahli keluarga.
3.HAK UNTUK
HIDUP,dalam Islam nyawa seseorang manusia amat berharga dan tidak boleh dibunuh
sesuka hati .Kemulian nyawa seseoran dijaga oleh syarak dengan meletakkan hukuman
dan peraturan terhadap penjagaan nyawa.
4.PENJAGAAN
MARUAH DAN PERIBADI,maruah dan peribadi seseorang perlulah dipandang mulia.seseorang muslim
tidak boleh memandang buruk terhadap seseorang yang lain haram mencari-cari kesalahan dan
keburukan untuk bertujuan menjatuhkan maruah dan harga dir nya.
5.KEBEBASAN
BERFIKIR DAN BERAGAMA,setiap individu bebas untuk mencari kebenaran ,bebas
dalam beragama dan menyatakan pendapat berdasarkan pandangan peribadi tanpa
melanggar batasan yang ditetapkan syariah.
6.KEBEBASAN
BERGERAK,setiap orang bebas bergerak dalam negara yang sah sebagai tempat
tinggalnya.Tiada sesiapa yang boleh memaksanya meninggalkan tempat tinggal-nya
itu secara paksaan tanpa sebab-sebab yang munasabah.
7.KEADILAN DAN
KEHAKIMAN,tidak ada perbezaan antara seorang yang lain dalam mendapat hak
pengadilan dan kehaikiman.Setiap orang berhak mendapat pengadilan buat dirinya
daripada sebarang penganiayaan dan penindasan.
8.MENEGAKKAN
MAKRUF DAN MENCEGAH MUNGKAR,ini bertujuan bagi mengelakkan kerosakan dari
berleluasa dalam masyarakat di samping mewujudkan sikap saling tolong-menolong
dan sifat menjaga kebajikan di antara satu sama lain.
9.HAK BERPOLITIK DAN BERNEGARA,Setap negara Islam wajib memberi perlindungan politik kepada
sesiapa sahaja yang teraniaya tanpa mengira batasan agam dan keturunan.
10.PENDIDIKAN:Setiap
individu berhak mendapat peluang menuntut ilmu.Agama Islam meletakkan tugas
menuntuk ilmu sebagai satu tanggunjawab dan kewajipan yang perlu dipenuhi oleh
setiap individu musdlim sama ada lelaki atau perempuan.
Kesimpulannya, manusia diseru supaya bertanggujawab terhadap diri
sendiri.kemudian diikuti dengan tanggunjawab kepada ahli keluarga dengan
mengajak mereka kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan maksiat.hasil
daripada penjagaan tanggujawab tersebut akan membuahkan hasil dengan
bertanggunjawab kepada anggota masyarakat kita.Selain itu,Islam juga menekankan
hubungan yang baik terhadap makhluk yang lain seperti haiwan dan tumbuhan
dengan menjaga mereka kerana mereka dianggap
sebagai amanah kepada kita semua.Oleh itu , Islam menganjurkan konsep
ukhuwah bagi menjamin keharmonian di
dalam hidupo bermasyarakat.Islam juga menggalakkan hubungan harmoni yang perlu
dijaga dalam masyarakat majmuk dengan memupuk sifat toleransi.Oleh itu,segala
hubungan yang merangkumi hubungan manusia sesame manusia,manusia dengan makhluk
lain dan hubungan manusia dengan penciptanya perlulah dijadikan perkara penting
yang perlu diikuti oleh kita bagi menjamin kehidupan diredai Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment