NAMA : FATIMAH BT ABDULLAH
NO MATRIK : 14021114
NO SIRI : 040
Simpan Duit.Nak kaya? Siapa yang tak nak, kan… Semua orang mahu
kaya dan hidup senang. Nak hidup senang kenalah pandai simpan duit!
Macam mana nak simpan duit, kalau duit asyik tak pernah cukup
aje? Tapi, anda fikir tak, kalau tak menyimpan pun, kita tetap merasakan duit yang ada tak pernah cukup
pun?
Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden nie.
Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada
pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya.
Namun, kadar sara hidup yang tinggi atau banyak bil yang perlu
dijelaskan bukanlah alasan untuk tidak menyimpan duit.Walau siapa pun kita atau
sebanyak mana sekali pun pendapatan, kita masih boleh simpan duit.
Berikut adalah beberapa tips yang kita boleh cuba untuk simpan
duit.
1. Potong dulu, belanjakan selebihnya. Bukan belanja
dulu, simpan selebihnya.
Cara utama untuk simpan duit ialah dengan menetapkan simpanan
bulanan secara tetap dari pendapatan (atau wang saku/elaun bulanan bagi yang
belum bekerja).
Kebanyakan nasihat memilih 10% dari jumlah pendapatan
bulanan sebagai nilai minimum. Lebih tinggi nilai simpanan adalah lebih bagus,
tetapi pastikan anda telah menunaikan semua tanggungjawab anda terlebih dahulu.
2. Simpan duit di tempat yang agak ‘susah’
dikeluarkan.
Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas adalah contoh
tempat terbaik untuk simpan duit. Kalau simpan duit dalam Tabung Haji, jangan
sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank
Rakyat.
Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tak akan bertahan lama.
Dan lebih baik kalau serahkan buku bank tersebut kepada mana-mana ahli waris
yang amanah. Bila benar-benar terdesak baru minta kembali buku tersebut.
3. Belajar cara menjana pendapatan sampingan
Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan kita. Daripada
hanya bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat
pendapatan tambahan.
Mungkin kita boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan
kecil-kecilan, perniagaan Internet atau menawarkan sebarang perkhidmatan
mengikut kebolehan dan skil anda. Hasil pendapatan tersebut mungkin anda
boleh jadikan sebagai duit simpanan.Sebagai contohnya buat pendapatan sampingan
ialah melalui buat duit dengan menulis Artikel.
Menarik bukan? Dengan hanya meluangkan masa sejam hingga dua jam
sehari, kita mampu peroleh pendapatan
tambahan melalui penulisan artikel. Anda cuma perlukan kemahiran menulis
sekiranya ingin buat duit secara online ini. Pada awal penglibatan, anda boleh
menulis mengenai apa yang anda suka dan minat. Selepas sudah biasa dengan
penulisan, kita bolehlah menulis artikel yang berprofil tinggi.
Artikel yang anda tulis haruslah bersifat
seperti berikut:
* Menarik untuk dibaca.
* Tatabahasa disusun dengan baik.
* Trend terkini.
* Menggunakan teknik SEO
4. Berhenti menggunakan kad kredit
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai. Jangan gunakan
cek. Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih
mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata.
Jika kita guna wang tunai, kita boleh melihat duit tu berkurang
dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak
sangat.
Jika kita perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda,
letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda. Atau anda boleh letakkan
kata-kata semangat untuk memastikan kad itu kita gunakan betul-betul untuk
benda yang penting.
Jika kita benar-benar ingin mengubah sikap
boros kita itu, berhenti mengeluarkan wang untuk perkara yang tidak
penting, elakkan membawa kad kredit dalam dompet supaya kredit tidak mudah
untuk diakses. Gunakan wang sebijak yang mungkin.
5. Bersedekah Dan Bayar Zakat.
Selain simpan duit, kita perlu ingat, tiada gunanya mempunyai
wang yang banyak sekiranya ia akan menjadi beban di akhirat kelak. Bayarlah
zakat kerana ia wajib. Bersedekahlah kerana di dalam harta kita , Allah
telah tetapkan rezeki untuk orang lain.
Tetapi, adalah lebih afdhal untuk bersedakah kepada
keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga
telah merapatkan tali silaturrahim sesama keluarga anda, insya-Allah. Jangan
bimbang, sedekah dan zakat tidak akan mengurangkan wang kita kerana
insya-Allah, Allah akan melipatgandakan lagi rezeki kita dan memberkatinya.
Apapun, perlu diingat senarai ini bukanlah senarai mutakhir cara
simpan duit. Ini hanyalah sebahagian sahaja daripada cara-cara untuk simpan
duit.Kita perlu menggunakan kreativiti sendiri dan sesuaikan dengan keperluan
kita.
No comments:
Post a Comment