Friday, February 17, 2017

Transformasi diri

Disediakan oleh: Nur Amira Binti Abdul Halim
No.matrik: 14021134
No.siri: 072


Ilmu yang sahih dan kefahaman yang benar juga tidak mencukupi, tanpa adanya aplikasi dalam kehidupan. Ilmu dan faham perlu membawa kepada transfomasi diri.semakin tinggi ilmu dan semakin dalam kefahaman, kita sepatutnya menjadi insan yang lebih baik. Jika keperibadian kita tidak menggambarkan ilmu dan kefahaman, ,maka manfaat dalam apa yang kita belajar tidak menyentuh kehidupan kita.

Tujuan interaksi intelektual tersebut jelas, iaitu unuk mencapai konklusi yang paling hampir mencari kebenaran, walaupun pada akhirnya persetujuan tidak dicapai. Prinsip hormat dan adab disanjung tinggi dan menjadi asas kepada sesuatu pendebatan dan perbincangan. Sekiranya kita tidak mampu untu berhujah dengan jelas, agar idea dan pendapat kita dapat disampaikan dengan teratur dan menuruti metode pemikiran yang berprinsip, maka itu mungkin satu symptom kepada ketidakmatangan intelektual.

Tanpa kematangan ini, sukar untuk kita berinteraksi sesama manusia kerana perbezaan pendapat itu adalah sebahagian daripada lumrah hidup bermasyarakat. Tidak ada masyarakat sihat yang bebas daripada perbezaan pendapat,melainkan masyarakat yang mempunyai mentaliti kultus(cult mentality) ataupun masyarakat yang diselebungi kuasa dikator.


Sebuah masyarakat yang sihat adalah sebuah masyarakat yng meraikan pebezaan dan dalam masa yang sama, berpegang kepada nilai-nilai universal yang boleh disepakati. Untuk melahirkan masyarakat yang sihat ini, kita perlukan individu-individu yang mempunyai kemantangan intelektual agar sebarang perbezaan antara kita dapat diselesaikan secara aman dan bertamandun. 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *