Tuesday, February 28, 2017

HARAPANKU HANYA KEPADA ALLAH

NAMA : NAJWA HAYATI BT MOHD YUSOFF
NO SIRI : 015

            Iman Muslim telah merekodkan sebuah hadis kudsi daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabdayang bermaksud “ Allah taala berfirman ‘ wahai anak adam, berzikirlah kepada-ku setelah ( solat ) fajar ( yakni subuh ) dan setelah ( solat ) asar seketika. Aku akan mencukupkan bagimu antara kedua-duanya”.
            Hadis inu juga telah direkodkan olah Abu Nu’aim dalam kitan al-Hilyah. Manakala Iman Ahmad pula merekodkan hadis ini dengan lafaznya yang bermaksud “Allah taala berfirman ‘ wahai anak adam, berzikirlah kepada-ku setelah ( solat ) fajar ( yakni subuh ) dan setelah ( solat ) asar seketika. Aku akan mencukupkan bagimu antara kedua-duanya”.

            Kehidupan kita sebagai manusia biasa sentiasa dipenuhi dengan urusan dan kesibukan. Bermula daripada bangun tidur, hinggalah kita kembali melelapkan mata, otak kita digunakan untuk melaksanakan macam-macam perkara. Bermula hal peribadi, rumah tangga, keluarga dan seterusnya membawa kepada urusan kerja, isu-isu Negara, malah dunia.

            Urusan kita sentiasa berselirat memenuhi setiap pemikiran, tutur kata dan gerak laku. kesibukan ini pula tentunya sentiasa diiringi dengan pelbagai hajat, keperluan dan harapan. Melalui hadis ini, Rasulullah SAW mengkhabarkan suatu jaminan yang amat besar ertinya kepada mereka yang benar-benar beriman. Dalam menghadapi “ huru-hara “ kehidupan harian, kita ditawarkan dengan satu jaminan yang begitu hebat, iaitu apabila Allah Taala sendiri mengambil tanggungjawab untuk mencukupkan apa-apa sahaja urusan kita.

            Apakah ada jaminan yang lebih menenangkan hati dan jiwa seorang Mukmin selain daripada jaminan ini ?

            Seseorang yang beriman akan benar-benar menyedari bahawa segala sesuatu yang wujud di dunia ini tidak ada satu pun yang terjadi melainkan hanya dengan izin Allah. Sehelai daun pun tidak akan gugur melainkan dalam pemerhatian dan keizinan-Nya jua. Keimanan mereka benar-benar menyaksikan bahawa segala sesuatu hanya bergantung kepada al-Samad : Allah Taala sebagai tempat bergantung.

            Firman Allah SWT yang bermaksud : katakanlah ( wahai Muhammad ) ‘ dialah Allah yang maha esa. Allah ialah Tuhan yang bergantung kepada-nya segala sesuatu. ( surah al-ikhlas )
            Allah iti Esa. Esa itu bermaksud satu-satunya. Maka, tempat bergantung dan berhajat segala makhluk juga hanya satuiaitu Allah SWT. Daripada sebesar-besar makhluk sepert Arasy sehinggalah yang paling kecil seperti molekul, zarah, dan atom sekalipun, semuanya memerlukan Allah.
            Dalam tafsir Mafatih al-Ghayb, Ibn Abbas r.a, berkata bahawa ketika turunnya ayat ini, para sahabat bertanya “ apakah makna al-Samad ?
            Lalu jawab Baginda SAW yang bermaksud “ Dia ialah Tuan yang bertumpu ( dan bergantung harap ) kepad-Nya segala hajat “

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *