Friday, February 24, 2017

MEDIA BAHARU: MEMBINA ATAU MERUNTUH?


NOR HUSNA BINTI MOHD RAMLI
NO SIRI:029

Kemunculan media baharu memberi impak yang besar terhadap kehidupan
manusia. Tidak dinafikan lagi kewujudan media baharu dapat mengubah
cara hidup masyarakat, budaya, pemikiran dan melibatkan semua aspek
dalam kehidupan masyarakat sekarang. Pelbagai tanggapan positif
mahupun negative dilontarkan berkenaan perkembangan media baharu masa
kini. Persoalannya disini, adakah media baru memberi kesan positif
atau negatif kepada umat islam pada zaman sekarang?

Menurut pensyarah Universiti Tun Hussein Onn, media baharu dapat
membina bukan meruntuhkan kerana sekarang masyarakat yang bekerjaya
sangat sibuk dengan kerja yang perlu dilaksanakan. Contohnya, dengan
adanya aplikasi Al-Quran digital, ia memudahkan kita melaksanakan
tanggungjawab sebagai hambaNya.

Selain itu, melalui laman social juga kita boleh membincangkan tentang
isu-isu atau permasalahan agama dan berdkwah dengan cara yang dapat
menarik minat masyarakat untuk mendalami ilmu agama. Masyarakat
sekarang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk
meluangkan masa dengan menghadiri majlis-majlis ilmu agama. Disebabkan
itu, melalui laman social mereka boleh mempelajari ilmu agamadengan
mudah dan menjimatkan masa.

Menurut Universiti Sains Islam Malaysia, dengan menggunakan media
baharu ia dapat berkongsi cerita tentang masalah atau penganiayaan
terhadap umat islam yang dihadapi oleh Negara luar contohnya
Palestine, syiria dan mesir.ia juga memudahkan kita untuk memberi
bantuan dan kata-kata semangat kepada mereka supaya bertahan dalam
menghadapi segala rintangan.
Media baharu juga memberi kemudahan kepada umat islam untuk
menyampaikan dakwah. Umat yang terbaik adalah umat yang sering
mengingati dan menyeru umat manusia melaksanakan kewajipan sebagai
hamba Allah dan meninggalkan segala kemungkaran yang dibenci Allah.
Justeru itu, sebagai Negara islam yang berjaya dan berkembang pesat,
kita mestilah mengikuti peredaran semasa samada melalui melalui
perkembangan teknologi, ekonomi dan sebagainya. Penggunaan dan
pengaruh media baharu dalam kehidupan rakyat Malaysia kini tidak dapat
dipisahkan. Kesan negatif yang akan menghancurkan nilai-nilai positif
agana dan budaya masyarakat kita haruslah ditegah. Semua pihak
mestilah memainkan peranan penting untuk mengukuhkan nilai agama,
moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *