Saturday, February 25, 2017

BERHATI DENGKI ADALAH SIFAT ORANG MUNAFIQ


Ditulis oleh : NOR HASMIZA BINTI MUSTAFA
No Siri : 019/No Matrik : 14021126

Salah satu dari sifat orang-orang munafiq ialah dengki.Dalam dadanya tersimpan kebusukan.Ia sangat senang melihat orang lain menderita,tetapi benci kepada orang yang mendapat kebahagiaan.Hatinya selalu dipenuhi oleh keinginan agar kebahagiaan itu dapat dinikmati sendiri,jangan sampai orang lain merasakannya.

Firman Allah swt “Jika kamu mendapat sesuatu kebaikan,mereka mereka menjadi tidak senang kerananya,dan jika kamu ditimpa sesuatu bencana,mereka berkata: “sesungguhnya kami sebelumnya telah memerhatikan urusan kami(tidak pergi berperang)dan mereka berpaling dengan rasa gembira”.At-Taubah :50

Rasulullah saw bersabda, “ ada tiga perkara yang tak seorang pun selamat darinya,iaitu menyangka,meramal dan hasad(dengki).Dan akan kuberitahukan kepada sekalian tentang hal yang dapat menyelamatkannya dari bahaya itu,iaitu apabila engkau menyangka,jangan engkau benarkan,jika engkau meramal hendaklah dilanggar(ditentang),jika engkau hasad hendaklah jangan diikuti”.

Apakah seorang muslim memiliki sifat dengki?sesungguhnya setiap orang memiliki sifat tersebut,sifat bukan sahaja ada pada orang muslim bahkan pada setiap orang kafir juga.Tetapi bergantung bagaimana hati kita dapat mengelakkanya dari berterusan.Dalam kehidupan sehari-hari,sifat dengki ini kadang-kadang muncul,untuk dapat meredam kedengkian,maka kita harus sedar bahawa sifat itu merupakan akhlak tercela dan ciri seorang munafiq.

Orang yang dengki akan dibenci oleh Allah swt,kerana dianggap menentang kehendaknya.Allah swt berfirman “Orang yang dengki itu akan adalah musuh terhadap kenikmatanku,marah terhadap keputusanku, dan tidak rela terhadap pembahagianku yang telah kubahagiakan diantara hamba-hambaku”.
Seorang yang berhati dengki selalu merasa tidak tenang.Tiba-tiba ia menjadi benci dan gelisah ketika melihat orang lain bahagia.Lalu berusaha menjauhinya.Kalau perlu ditaburkan fitnah agar orang lain terikut-ikut membencinya.Fikirannya selalu berharap agar orang lain menderita,Ia akan puas dan bahagia jika tentangannya atau teman dekatnya nampak sengsara.
Orang yang di dalam hatinya tersimpan perasaan hasad dengki dan lahiriahnya menampakkan kebusukan itu,pasti tidak akan mendapat kebahagiaan.Hatinya selalu was-was.Sementara dalam kehidupan masyarakat,ia akan di jauhi orang.Orang-orang yang mendapat kenikmatan atau kesenangan tidak akan suka bergaul dengan orang hasad(dengki).

Keburukan lain yang ditimbulkan hasad(dengki)ialah seseorang akan terdorong untuk melakukan kemaksiatan.Kemaksiatan yang kan dilakukan ialah mengumpat,menghasut dan memburuk-burukan orang yang didengkinya.Kemudian ditimbulkan fitnah agar orang lain ikut membenci.
Imam Ghazali menulis,bahawa orang yang dengki akan menderita kerana sesuatu hukuman yang diciptakannya sendiri.Hukuman itu tanpa berbelas kasihan.Penderitaan akan dirasakan selama hidup di dunia,sebab di dunia ini tidak akan sepi dari makhluk-makhluk Allah swt yang beruntung,mendapat anugerah ilmu,kedudukan dan sebagainya.Kerananya penderitaan itu dirasakannya terus menerus hingga akhir hayatnya.Dan sesumgguhnya di akhirat kelak ia justeru mendapat penderitaan yang lebih parah dan menyakitkan.


Sebagai soerang muslim seharusnya merasa malu manakala merasakan sifat dengki ini muncul.Sesama muslim janganlah wujud sifat saling mendengki antara satu sama lain.Kerana antara muslim dengan muslim yang lain adalah bersaudara.Rasulullah saw bersabda “Janganlah kamu saling membenci,janganlah kamu saling membelakangi dan jangan saling memutuskan.jadilah kamu (wahai)hamba Allah swt yang bersaudara,dan tidak halal bagimu seorang muslim membiarkan saudaranya(tidak bertegur sapa)selama tiga hari”.Hr.Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *