Ditulis oleh: CHE NURYASIRAH BT CHE GHAFFAR
No.siri: 067
No.Matrik: 14021225
Kemajuan teknologi telefon pintar bersama
capaian internet tanpa wayar yang canggih dan lancar pada masa kini telah
menyumbang kepada kerancakan industry komunikasi jarak jauh global.Di mana-mana
sahaja ,sering kelihatan orang asyik menatap skrin sentuh telefon pintar
masing-masing sambil menunjukkan ekspresi seolah-olah tiada siapa yang
memerhatikan mereka.
Tidak dapat dinafikan semua pemilik telefon
pintar pada masa kini mempunyai akaun media sosial seperti Whatsapp.Penggunaan
Whatsapp seiring dengan perkembangan pada masa kini.Pengaruh Whatsapp kini
dilihat telah mengatasi aplikasi atas talian yang lain seperti
Facebook.Sebenarnya penggunaan Whatsapp ini boleh menjurus ke arah kebaikan dan
juga kea rah keburukan bergantung kepada sikap pengguna teknologi itu sendiri
Salah satu contoh dari sudut kebaikan
Whatsapp ialah dilihat mampu menjimatkan masa,khisusnya jika ada keperluan untuk
menyampaikan sesuatu maklumat penting kepada seseorang atau sekumpulan manusia
dalam kadar segera.
Sebenarnya,kebanjiran media sosial seperti
Whatsapp,Facebook dan Twitter ini juga dilihat memberi peluang yang luas
terhadap usaha penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas,jimat dan
lebih global.Hal ini jelas apabila terdapat pendakwah-pendakwah tersohor turut
menjadikan media sosial sebagai wadah penting dalam penyebaran mesej dakwah
mereka.
Selain itu,aplikasi Whatsapp ini juga akan
memudahkan mesej serta arahan antara pihak majikan dengan pekerja atau ketua
dengan kakitangannya.Maklumat tentang mesyuarat atau perkembangan semasa
sesebuah organisasi boleh disampaikan dengan serta merta kerana boleh dikatakan
setiap orang pemilik telefon pintar mempunyai aplikasi ini.
Kegiatan
terhadap komunikasi hujung jari ini mengakibatkan gejala ketagihan yang serius
dalam kalangan masyarakat umum,iaitu dengan penyalahgunaan aplikasi whatsaap
ini yang boleh mendatangkan keburukan sebagaimana wahana komunikasi lain juga.Jika
suatu ketika dahulu Facebook pernah menjadi kontroversi akibat fatwa
pengharamannya di Jawa Timur atas alasan berlaku pergaulan bebas versi atas
talian dan banyak ruang untuk melakukan maksiat.Selain itu,sebahagian
komunikasi atas talian dikecam hebat kerana wujudnya unsur membuang
masa,mengenepikan keutamaan sebenar dan melalut dengan gosip dan maklumat yang
tidak jelas sumbernya.
Antara keburukan Whatsapp yang paling jelas
ialah ia membawa kepada kurangnya hubungan secara perbualan terutamanya dalam
lingkungan ahli keluarga.Penggunaan Whatsapp secara ekstrim mungkin boleh
merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak dan juga suami dengan
isteri.Kesan buruk yang lain ialah ada kemungkinan aplikasi ini boleh
menyebabkan keruntuhan rumah tangga.Hal ini berlaku apabila salah seorang
daripada suami isteri berlaku curang dengan berhubung pasangan terlarang
melalui Whatsapp.Selain itu,aplikasi ini juga dijadikan platform pasangan suami
isteri meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah tangga.
Sebenarnya aplikasi whatsapp ini juga boleh
menyebabkan masyarakat lalai dan lupa terhadap tanggungjawab masing-masing
kerana terlalu leka melayan kerenah rakan-rakan dalam kumpulan Whatsapp yang
dibina.Misalnya seseorang itu terabai dalam menunaikan kewajipan solat .
Hakikatnya,baik buruk komunikasi menerusi
aplikasi Whatsapp bergantung kepada cara teknologi berkenaan dimanfaatkan dan
digunakan .
Yes betul tu..
ReplyDelete