NAMA: SITI NOR NAJWA BINTI FAUZI
NO.SIRI : 070
Kematangan intelektual ataupun kematangan
dalam pemikiran merupakan kebolehan seseorang untuk berfikir secara rasional,
berdasarkan ilmu yang sahih dan kefahaman yang benar. Kematangan ini berdiri
atas asas yang penting, iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi muhamad
s.a.w . wahyu tersebut direkodkan dalam
surah al-alaq , ayat pertama maksudnya : “bacalah (wahai Muhammad) dengan nama
tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)”.
Perkara pertama yang
perlu ada dalam proses untuk berfikir secara matang menjadikan membaca (dalam
erti kata yang lain menimba ilmu) satu kebiasaan. Tetapi sekadar membaca sahaja
tidak encukupi, tanpa adanya pembacaan berkiblatkan allah.
Ini tidak bernakna kita
hanya membaca bahan bacaan yang islamik semata-mata, kerana ilmu yang
bermanfaat itu ada di mana-mana, kerana ilmu yang bermanfaat itu ada di
mana-mana. Kita perlu mengambil hikmah daripada segala sumber yang allah
berikan pada kita.
Pembacaan yang berkiblatkan allah bermaksud
kita mengambil allah sebagai tujuan utama dan kita membaca untuk mencari
sesuatu yang boleh mendekatkan kita kepada tujuan utama tersebut.
Dalam masa yang sama, kita tidak patut menghadkan
proses penimbaan ilmu kepada institusi pendidikan(tadika, sekolah ,university,
kolej dan sebagainya), semata-mata. Sebagai seorang yang matang dalam pemikiran
, pembelajaran boleh berlaku dalam kelas dan juga di luar kelas.
Walhal juga, seorang yang matang intelektual ,
bukan belajar semata-mata untuk peperiksaan , tetapi mempunyai maklumat lebih
besar iaitu belajar untuk memperbaiki diri dan persekitaran. Maka menimba ilmu
itu sepatutnya menjadi sebahagian daripada diri kita yang tidak dapat
dipisahkan. Akan tetapi,menimba ilmu yang sahih sahaja tidak mencukupi. Tanpa
ada kefahaman yang benar. Tahu sahaja tidak cukup, jika tidak faham .
Oleh yang demikian,
Kefahaman yang benar boleh dijana oleh daripada medotologi pemikiran yang berprinsip
. jika pemikiran kita itu tidak didasarkan kepada apa-apa prinsip yang kukuh ,
maka kita hanya akan mengikut kehendak
nafsu dan faham hanya apa yang kita igin fahami.
No comments:
Post a Comment