NOR AKASHAF
BINTI MOHD UZITA
058
14021250
Dalam catatan sejarah,
ada dua tokoh besar Islam yang telah mencatat kemenangan keatas musuhnya. Pada
kurun ke-14, muncul Sultan Muhammad al-Fateh yang Berjaya membebaskan kota
Constantinople daripada penjajahan empayar Rom Timur. Seorang lagi ialah Sultan
Salahuddin al-Ayyubi yang telah membebaskan Baitul Maqdis. Berita ketakwaan,
kejujuran, kesantunan dan keadilan mereka berdua sudah tersohor bukan sahaja
dalam kalingan umat Islam.
Barat sendiri mengakui kehebatan peribadi
dan ketangkasan kedua-duanya. Bukan rahsia lagi bahawa tentera barisan hadapan
Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salehuddin terdiri daripada mereka yang
istiqamah mengerjakan solat tahajud, membaca al-quran dan berpuasa sunat.
Mereka juga mempunyai pedang dan baju besi yang ringan dan ringkas sera kuda
yang tangkas berbanding dengan tentera Barat.
Dua pemimpin besar itu patut kita
jadikan “timbang tara” untuk mengukur keupayaan pemimpin Islam masa kini. Tidak
keterlaluan kalau dikatakan, pemimpin Islam masa kin belum benar-benar serius
untuk mencapai keunggulan tesebut. Mereka belum benar-benar serius membina
takwa dan juga kekuatan lahiriah. Malah lebih buruk lagi, ada yang masih
bergelumbang dengan maksiat dan dosa tetapi kokoknya berdegar-berdegar untuk
mengalahkan musuh.
Apakah perubahan yang
perlu dan segera di lakukan?
Tentulah bermula dari dalam ke luar.
Maksudnya, umat Islam mesti mengubah hati, akal dan nafsunya untuk membina
ketakwaan. Untuk itu kita memerlukan ilmu, keyakinan dan latihan untuk membina
sifat-sifat mulia dalam diri kita. Ibadah-ibadah khusus (berbentuk fardu ain)
perlu dihayati bukan dari segi aspek ritualnya sahaja, tetapi sebagai mekanisme
pembentukkan peribadi muttaqin.
Di atas tapak itu,
kita perlu seiring pula membina kekuatan lahiriah (berbentuk fardu kifayah)-
ekonomi, sosial, ketenteraan, teknologi dan lain-lain sebagai persiapan membina
kekuatan fizikal dan material. Dengan ketakwaan yang teguh dan kekuatan fizikal
yang ampuh, pemimpin Islam dan rakyatnya harus berganding bahu untuk
mempertahankan serangan-serangan Barat menerusi “senjata” media, budaya,
ekonomi, dan akhirnya ketenteraan. Jangan silap lagi dalam memahami ‘bicara’
Tuhan menerusi kekalahan ini. Kita tidak boleh lagi terus berangan-angan
menantikan “keajaiban” dari langit sedangkan Tuhan memerintahkan kita supaya
berpijak dan berusaha diatas muka bumi. Yakni membina ketakwaan, ekonomi,
teknologi, harus di mulakan dengan lebih serius, walaupun terpaksa memakan masa
berpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun.
Perang bukan ‘medan’ sebenar untuk
mendaulatkan Islam pada zaman mutakhir ini. Maka sudah sewajarnya, ada pemimpin
Islam yang dengan ketakwaan dan kekuatan lahiriah mencipta satu medan baru bagi
mengatasi musuh-musuh Islam. Bilakah akan muncul pemimpin Islam yang bakal
memiliki ketakwaan seperti Sultan Muhammad al-Fateh dan Salehuddin al-Ayyubi
tetapi kekuatan lahiriahnya bukan pada senjata dan gelanggangnya bukan medan
perang? Ya,sesungguhnya persoalan ini juga perlu dijawab.. Bukan dengan
penantian, akan tetapi dengan pekerjaan – kita perlu membina takwa (iman dan
akhlak) dan quwwah (kekuatan ilmu, ekonomi dan teknologi).
Akhir sekali, kekuatan rohaniah
(takwa)dibina dengan kekuatan zikir. Manakala kekuatan lahiriah (ekonomi, sains
dan teknologi) dibina dengan ketajaman fikiran. INILAH AGENDA HIJRAH KITA!
Iaitu kuatkan dengan berzikir dan tingkatkan berfikir!
No comments:
Post a Comment