NAMA:
AHMAD MUSLIM BIN MOHD NAWI
NO.
MATRIK: 14021082
NO.
SIRI: 106
Jiwa kita kosong sekiranya tujuan hidup masih belum
jelas.  Persoalan-persoalan seperti dari mana aku datang, siapa yang
menciptakan aku, untuk apa aku diciptakan, ke mana aku selepas dunia musnah,
perlu selalu ditanya kepada diri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang
teratur dan bermatlamat.
Apakah ubat jiwa dan bagaimana menggunakannya?
Islam mengesyorkan perkara-perkara berikut sebagai ubat
kepada jiwa manusia yang kosong dan sakit:
1) Membaca al-Quran
- Menjadikan
     al-Quran sebagai ubat motivasi.
 - Terapkan
     ajaran al-Quran dalam realiti kehidupan.
 - Ambil
     ilmu daripada al-Quran dan mengamalkannya.
 - Berusaha
     disiplinkan diri mengkhatamkan bacaan al-Quran paling kurang 3 bulan
     sekali.
 
2) Qiamullail
- Mulakan
     dengan yang sedikit. Yang penting dapat melakukan qiamullail secara
     istiqamah.
 - Bangun
     malam sebulan sekali, kemudian latih untuk bangun malam seminggu sekali
     pula.
 - Kejutkan
     orang lain untuk qiamullail bersama.
 
3) Istighfar
- Baca
     perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan.
 - Maksud
     bacaan istighfar: “Aku mohon keampunan-Mu, tiada Tuhan kecuali Engkau yang
     sentiasa hidup dan sentiasa waspada (jaga). Ya Allah, aku bertaubat
     kepada-Mu.”
 - Hitung
     bacaam istighfar 10 kali, 70 kali ataupun 100 kali setiap kali selesai
     solat.
 
4) Mengingati mati
- Tubuh
     terbujur kaku, manusia menangisi pemergian, harta dan pangkat tidak boleh
     di bawa bersama.  Apakah amalan yang hendak dipersembahkan? Jangan
     terkurang dos pengambilannya dalam sehari.
 
5) Menangis dan mengadu
- Tiasa
     siapa yang lebih kuat melainkan Allah, tempat memohon kekuatan.
 - Semoga
     dengan pengaduan kepada Rab, segera menyembuhkan penyakit jiwa.
 - Hadis
     Nabi s.a.w. maksudnya: “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu
     menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i).
 
Semoga apa yang kita kongsikan ini dapat kita amal dan
sampaikan.


No comments:
Post a Comment