Ø SITI NURSHUHADA BINTI KAMARUDIN
Ø 016
Ø 14021266
“ Carilah akhirat seakan-akan kamu akan mati esok, carilah dunia
seolah-olah kamu hidup selamanya”.
Kata-kata hikmah ini cukup terkenal dalam kalangan kita, benar,
baik kejayaan dunia mahupun akhirat, kedua-duanya mesti diusahakan secara
bersungguh-sungguh. Namun, ada orang yang hanya menfokuskan kehidupan dunia
sahaja, lantaran itu mereka lupa akan akhirat.
Hampir senada
dengan ini , Allah Taala berfirman yang bermaksud : “ dan tuntutlah dengan
harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu (
keperluan dan bekalanmu) daripada dunia”. Al-Qasas 28: 77
Sedihnya,
terdapat segelintir manusia yang hanya membesar-besarkan perintah Allah ini
sahaja iaitu : “ jangan engkau melupakan bahagian kamu daripada dunia”. “
Padahal aspek yang lebih utama ialah “ mencari akhirat”.
Bukankah dalam
ayat ini diatas, Allah s.w.t dengan jelas memerintahkan supaya menggunakan
harta kekayaan yang dimiliki utuk mencari kebahagiaan akhirat. Inilah yang
dimaksudkan mencari ketenangan akhirat melalui harta dunia.
Berdasarkan
ayat di atas, jelaslah bahawa pendekatan Islam terhadap harta hendaklah
didasari kepada beberapa prinsip penting yang perlu difahami oleh setiap
Muslim.
Prinsip
pertama: Allah pemilik sebenar harta, manusia pula hanya pengurus.
Pemilik sebenar
kepada harta dan kekayaan di dunia ini ialah Allah s.w.t. , manakala manusia
hanya diberikan keizinan oleh Allah memiliki harta tersebut sebagai satu
amanah. Ini sejajar dengan prinsip manusia sebagai khalifah yang memegang
amanah di atas muka bumi.
Jadi, manusia
boleh mencari harta dan memilikinya serta menggunakannya, tetapi mestilah dalam
batasan yang ditetapkan oleh Allah Taala, selari dengan maqasid yang
dikehendaki oleh Allah. Dengan kata lain, hak manusia terhadap harta bukanlah
mutlak, bahkan ada batasan dan panduan tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah.
Prinsip kedua :
kekayaan ialah alat mencapai maqasid akhir kehidupan manusia.
Antara sifat
semulajadi manusia ialah mesti mempunyai tujuan atau maqasid dalam kehidupan.
Sebagai seorang muslim, apakah tujuan hidup kita? sudah tentu untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan apa yang lebih penting ialah kebahagiaan di akhirat.
Oleh sebab itu,
harta adalah sebagai asas pembaangunan yang menyokong kehidupan manusia di
dunia , Firman Allah “ harta kamu yang Allah telah jadikannya untuk kamu semua
sebagai asas pembangunan kehidupan kamu”. al-nisa’ 4:5
Prinsip ketiga
: setiap individu bebas mencari kekayaan daripada sumber alam semulajadi yang
dikurniakannya oleh Allah kepada mereka.
Asas utama yang
menjadi penghubung antara setiap manusia ialah persaudaraan, rasa simpati,
pengorbanan dan kerjasama sesame manusia. Fungsi harta adalah untuk mengekalkan
dan melestarikan kehidupan ini.
Inilah rahmat
Islam yang dijanjikan oleh Allah melalui pengutusan Rasulullah s.a.w, iaitu
sebagai rahmatan lil al-alamin ( menjadi rahmat bagi sekalian alam).
Dalam harta
kita juga ada hak orang lain…haaaa…nak tahu tak apa haknya.. baca dulu,
Sebagai seorang
Muslim, kita perlu sentiasa memahami bahawa harta yang diberikan oleh Allah
bukanlah hak mutlak dan esklusif buat kita. Kita mesti ingat bahawa dalam hak
itu ada hak-hak orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita.
Oleh sebab itu,
Allah berfirman dalam menyifatkan karakter orang yang beriman, maksudnya : “dan
mereka ( yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang
termaklum bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta). ( al-ma’arij 70 :24-25)
Ayat ini
menyatakan wujud “ hak yang termaklum”
pada harta kita.
Tiga cara yang
ditegah
Selain itu,
seorang Muslim juga dilarang menggunakan hartanya dengan tiga cara yang ditegah
iaitu :
1. Israf
(melampaui batas)
2. Itlaf (
pembaziran dan memusnahkan harta)
3. Itraf
(bermewah-mewah)
Terdapat banyak
nas yang melarang kita daripada melakukan ketiga-tiga bentuk perbelanjaan harta
tersebut. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud : “ dan makanlah serta
minumlah, dan jangan pula kamu melampau . Sesunggunhya Allah tidak suka akan
orang yang melampaui batas “. Al-Araf 7 : 31
Sabit dalam
hadis sahih riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda bahawa “
sesungguhnya Allah reda (suka) tiga perkara untuk kamu lakukan dan benci tiga
perkara yang kamu lakukan. Allah suka kamu menyembahNya dan tidak menyekutuNya
, kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan tidak berpecah belah serta kamu
menasihati pemimpin kamu. Allah membenci kamu bercakap-cakap kosong ( bawa
khabar angin) banyak bertanya ( benda yang tidak berfaedah ) dan membazirkan
harta.”(riwayat Muslim).
Maksud rela dan
benci disini ialah apa-apa yang Allah perintah dan larang , serta apa-apa yang
dikatakan sebagai pahala atau dosa. Dalam hadis ini Allah melarang pembaziran
harta, iaitu membelanjakannya pada jalan yang bukan syari’ dan menyebabkan ia
musnah.
Menurut Imam
al-Nawawi, perbuatan tersebut dilarang kerana ia satu bentuk ifsad (kerosakan)
dan Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan (mufsidin). (al-Nawawi
, Sharh Sahih Muslim, jil.4, hlm.375-377).
Inilah yang
dikatakan , harta yang diberikan oleh Allah bukan milik kita kerana hakikatnya
, pemilik sebenar ialah Allah s.w.t. Maka sebagai hamba Allah, harta tersebut
hanyalah sebagai alat yang diberikan untuk kita mencari dan “membeli” hak
istimewa dan mencari kebahagiaan akhirat melaluinya. Ia bukanlah matlamat utama
manusia. Mudah-mudahan Allah member taufik dan hidayah kepada kita. Wallahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment