DISEDIA OLEH :AIQIZNI BINTI YUSOFF
NO MATRIK :14021108
NO.SIRI:085
Nilai-nilai Islam 
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk
dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah: 
 Amanah; 
 Tanggungjawab; 
 Ikhlas; 
 Dedikasi; 
 Sederhana; 
 Tekun; 
 Bersih; 
 Berdisiplin; 
 Bekerjasama; 
 Berbudi Mulia; dan 
 Bersyukur. 
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima
sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan
terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.
Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah
takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam
yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.
Amanah  
(i)  Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu 
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya; 
(ii)  Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi 
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; 
(iii)  Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari
mengatasi 
kepentingan tugas; 
(iv)  Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi 
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan 
(v)  Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan. 
Tanggungjawab 
(i)  Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di 
samping pekerjaan dan majikan; 
(ii)  Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan 
buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur; 
(iii)  Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja 
diperlukan; 
(iv)  Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/ 
instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan 
(v)  Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. 
Ikhlas 
(i)  Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan 
  balasan dari manusia; 
(ii)  Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang 
  halal serta mencari keredhaannya; dan 
(iii)  Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam
melaksanakan 
  tugas sebagai asas pengisian amanah. 
Dedikasi 
(i)  Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah 
peraturan-peraturan yang ada; 
(ii)  Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan
kepada  
kebaikan; 
(iii)  Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas; 
(iv)  Sedia memulakan pembaikan; dan 
(v)  Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian. 
Sederhana 
(i)  Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas; 
(ii)  Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira
fakta 
fakta yang terdapat dalam alam sekitar; 
(iii)  Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
untuk  
membaiki cara bekerja; 
(iv)  Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- 
pihak yang berharap kepadanya; dan 
(v)  Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja  sehingga
mencapai  
tahap cemerlang. 
Tekun 
(i)  Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam 
tugas dan kehidupan; 
(ii)  Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi; 
(iii)  Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan
untuk 
membaiki cara bekerja; 
(iv)  Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak- 
pihak yang berharap kepadanya; dan 
(v)  Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai 
tahap cemerlang. 
Bersih 
(i)  Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian; 
(ii)  Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar 
sebagai satu cara hidup; 
(iii)  Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas; 
(iv)  Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat 
keputusan; 
(v)  Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan 
(vi)  Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan 
pemikiran dalam membuat keputusan. 
Berdisiplin 
(i)   Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama; 
(ii)  Menilai tinggi masa dan janji; 
(iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan 
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. 
Bekerjasama 
(i)  Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja; 
(ii)  Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti
organisasi 
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama; 
(iii)  Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat
kerja 
daripada kepentingan peribadi; 
(iv)  Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan 
bersama; dan 
(v)  Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi: 
Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi,
agama, bangsa dan negara. 
Berbudi Mulia 
(i)  Bermanis muka sepanjang masa; 
(ii)  Bertimbang rasa dan bertolak-ansur; 
(iii)  Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan 
(iv)  Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk
menolong  
pelanggan/pelawat. 
Bersyukur 
(i)  Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin 
kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat; 
(ii)  Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga 
menggerakkan untuk lebih berusaha gigih; 
(iii)  Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan 
dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian); 
(iv)  Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; 
(v)  Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia; 
(vi)  Berkhidmat sebagai ibadah; dan 
(vii)  Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang 
banyak kepada masyarkat, negara dan agama. 
Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan
memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan
oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan,
undang-

No comments:
Post a Comment