Ditulis : NOR HASMIZA BINTI MUSTAFA
No Siri: 019/14021126
PENDAHULUAN.
Islam adalah agama
yang syumul.Allah swt tidak pernah membiarkan umat-Nya hidup dalam keadaan yang
terumbang ambing tanpa arah dan tujuan.Bermula dari bab ibadah sehinggalah
kepada bab pergaulan sesama manusia , kesemuanya telah ditetapkan oleh Allah
swt dan Rasul-Nya.Tujuannya adalah untuk memperkemaskan dan melancarkan urusan
kehidupan supaya dengan itu manusia dapat menghindarkan segala kesusahan dan kesulitan-kesulitan
yang timbul dalam kehidupan manusia.Maka dengan ini , Allah swt telah
menetapkan beberapa dasar atau asas serta kaedah yang dapat dijadikan panduan
dan bimbingan oleh umat manusia
Dalam muamalat atau
kira bicara Islam yang merangkumi tukar-menukar antara barang atau sesuatu yang
memberi manfaat dengan cara yang ditentukan seperti jual beli , sewa menyewa ,
upah mengupah , pinjam meminjam , perkongsian dan sebagainya , telah ditetapkan
segala dasar dan panduan serta bimbingan supaya dengan itu dapatlah manusia
mengatur cara hidup menurut lunas-lunas yang baik agar dapat menjalani dan
melaksanakan corak kehidupan dan aliran tamadun yang diredhai Allah swt dan
Rasul-Nya.
Kajian ringkas ini
akan menumpukan kepada asas dan kaedah yang diguna pakai dalam menilai sesuatu
amalan yang selari atau bercanggah dalam transaksi muamalat.
MUAMALAT ISLAM.
pertama
“AT-TAUHID” merupakan suatu konsep yang meletakkan
Allah swt di tempat yang paling teratas dalam semua aspek kehidupan.Ianya juga
merupakan suatu penegasan dan keyakinan bahawa Allah swt sahajalah yang Maha
Esa dan berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.Dalam muamalat Islam , kita wajib meletakkan
Allah swt dalam semua keadaan dan situasi.Jika ini berlaku , maka sudah
tentulah segala aktiviti yang kita lakukan bermula dari bab ibadah hinggalah
kepada aktiviti muamalat akan bertunjang dan berasaskan kepada syarak serta
berjalan mengikut landasan yang dibenarkan oleh Islam.
Firman Allah swt :
Kedua
“ISTIKHLAF” merujuk kepada peranan manusia untuk
memanfaatkan, mengembangkan , menginfaqkan dan mengguna harta milik Allah swt
yang mana segala perlakuan manusia dalam memakmurkan bumi mestilah tertakluk
sepenuhnya kepada kehendak Allah swt.
Firman Allah swt :
“Berimanlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan)
sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu
menguasainya sebagai wakil ( mustakhlafina ). Maka orang-orang yang
beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu
pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.”
Salah satu nilai
Rabbani yang paling utama dalam ekonomi / muamalat Islam ialah yang menetapkan
bahawa manusia bukanlah pemilik kepada harta , tetapi dia hanya diberikan kuasa
untuk memanfaatkan harta Allah swt.Nilai inilah yang memastikan adanya unsur
Rabbaniyyah ( ketuhanan ) dalam sistem ekonomi.
Seorang Muslim
meyakini bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah swt bekerja di tanah yang
merupakan bumi dan harta Allah swt dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah
ta’ala dan dengan peralatan yang merupakan kurniaan Allah swt.Dia melakukan
pekerjaannya mengikut kaedah-kaedah alam semula jadi yang diciptakan Allah
swt.Sekiranya dia memperoleh hasil , maka hasil itu adalah harta Allah
swt.Allah lah yang telah menciptakannya dan Allah lah yang memilikinya.Manusia
hanyalah pemegang amanah yang diberikan kuasa untuk
memanfaatkannya.
“AMANAH” pula merupakan suatu istilah yang mempunyai
pengertian khusus dan umum.Pengertian khusus merujuk kepada pengembalian harta
benda atau lainnya kepada orang yang mengamanahkan atau mempercayakan benda
tersebut.Orang yang diberi kepercayaan dan amanah itu harus memelihara dan
bertanggungjawab terhadap barang itu serta tidak berhak bertindak sesuka hati
terhadap barang berkenaan.Jika pemilik barang tersebut meminta kembali barang
tersebut , dia harus segera mengembalikannya.
Amanah dalam
pengertiannya yang umum pula meliputi skop yang amat luas yang merangkumi semua
bidang kehidupan samada dari sudut menyembunyikan rahsia,ikhlas dalam
memberikan nasihat kepada orang yang memintanya , melaksanakan segala tugas
yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan sebagainya.
Firman Allah swt :
Keempat
Asas yang
seterusnya dalam falsafah ekonomi / muamalat Islam ialah Ukhuwwah. “UKHUWWAH” adalah suatu konsep persaudaraan yang terjalin lantaran beberapa ikatan
seperti kekeluargaan , keagamaan atau ikatan atas paksi kemanusiaan.Penghayatan
nilai murni terhadap konsep ini berkecenderungan mencetuskan suasana yang
harmonis dalam pelbagai interaksi kehidupan sesama anggota masyarakat.
Firman Allah swt :
Kelima
“TAZKIYYAH” pula merupakan konsep yang memberi
perhatian dan penekanan terhadap penyucian dan pembersihan jiwa dan diri dari
segala dosa dan kesalahan atau kemaksiatan kepada Allah swt dan sesama makhluk
yang lain.
Firman Allah swt :
“Sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah
bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat).
Gabungan
kelima-lima elemen ini membentuk satu falsafah yang diaplikasikan kepada sistem
ekonomi / muamalat Islam agar ianya dapat memandu umat Islam ke arah pengamalan
sistem ekonomi yang bersih dan bebas daripada unsur-unsur yang bercanggah
dengan Islam dan supaya sistem perekonomian Islam ini juga akan menjadi suatu
sistem yang kamil dan mutakammil.
No comments:
Post a Comment