Saturday, February 18, 2017

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA

  Nama  : SITI FADILAH MANSOR
No. Matrik : 14021252
No: Siri : (086) 

   Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. “Tend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk.

 Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja
1)      pengaruh rakan sebaya
Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”.

2)      kesibukan ibu bapa
Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.


3)      pengaruh media massa
Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.

4)      sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru
Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.

Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling mengerti dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ka pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur kaganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. . Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membuang masa. Bak kata pepatah, “sambil menyelam, minum air”.

Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.



25 comments:

  1. Replies
    1. :'http//HACKmedia''login_failed
      :http//mediafile~~~login_failed
      /http/:deleted_file:login_failed
      !!!you@gmail.com. ccm::*****~~
      //pause/''............

      Delete
  2. Good karanagan tetapi saya boleh lagi

    tulis baik drp ini.....

    ReplyDelete
  3. kau kopi pes aje...mana sumber rujukan? macam ni student universiti ke?

    ReplyDelete
  4. Banyaknya kesalahan ejaan......

    ReplyDelete
  5. banyak kesalahan ejaan...sokay jangan putus asa :]

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *