Tuesday, January 31, 2017

KESAN VANDALISME OLEH REMAJA

Ditulis oleh : SITI SARA BINTI ZULKIFLEE
No siri : 095
No matrik : 14021200

Berdasarkan daripada kajian statistik, 80% daripada vandalisme adalah dilakukan oleh golongan remaja dalam lingkugan umur 15-20, dan 70% ke atas adalah yang berpendidikan rendah atau tercicir dari akademik. Gejala vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan,tetapi kebanyakannya dilakukan berkumpulan.Perkataan 'Vandalisme' bermaksud satu perbuatan yang merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta orang lain tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang .

 Pada masa kini, vandalisme bukan lagi sesuatu masalah sosial baru kepada masyarakat.Berita yang berkaitan dengan gejala ini setiasa dipaparkan di atas surat khabar.Contohnya, tandas-tandas awam dan telefon awam diconteng dengan perkataan atau gambar yang menyakitkan mata . Kesannya , ia telah memberi impak negatif kepada masyarakat dan juga memburukkan nama baik negara. Hal ini kerana perbuatan ini telah menyebabkan pihak awam dan swasta terpaksa mengeluarkan berbelanja untuk membaiki dan menggantikan kemudahkan-kemudahkan yang telah dirosakkan.

Perbuatan yang merosakkan segala benda awam merupakan vandalisme. Di Malaysia pelbagai kemudahan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi malangnya kebanyakan daripada kemudahan awam yang disediakan ini rosak. Hal ini disebabkan oleh sekumpulan remaja yang tidak bertanggungjawab asyik merosakkan kemudahan awam ini dengan sewenang-wenangnya. Selain itu, kita dapat berita bahawa orang yang terkorban dalam kebakaran ataupun mati akibat tidak sempat untuk sampai ke hospital. Salah satu faktor yang menyebabkan kejadian di atas berlaku adalah vandalisme. Telefon awam yang sudah dirosakkan menyebabkan kita tidak dapat membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan perubatan serta paip yang sudah dirosakkan menyebabkan bomba tidak boleh mendapat bekalan air untuk memadamkan api dan akhirnya membawa kepada berlakunya tragedi yang menyayat hati.

                               
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlaku kegiatanan vandalisme dalam masyarakat. Punca ini boleh dikategorikan kepada dua aspek iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Contoh pengaruh luaran adalah ialah pengaruh rakan sebaya dan keluarga, manakala pengaruh dalaman diri sendiri adalah dipengaruhi oleh emosi dan tekanan.

Antara faktor-faktor luaran,pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan remaja melakukan kegiatan vandalisme. Lazimnya remaja yang terlibat dalam vandalisme menpunyai sesuatu ciri yang tertentu iaitu suka ponteng kelas atau sekolah dan melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah. Pada zaman sekarang, golongan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya melalui meniru perbuatan, tingkah laku, nilai dan sikap rakannya. Mereka melakukan vandalisme tanpa tujuan munasabah, sebaliknya mereka merosakan kemudahan awam atau harta orang lain semata-matanya untuk keseronokan sendiri , menunjuk kebolehan mereka dan untuk  menarik perhatian orang lain.

Selain daripada pengaruh rakan sebaya, kebanyakan remaja yang melakukan vandalisme adalah disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu dan bapa. Dalam era globalisasi zaman ini , kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerja mereka. Mereka berfikir bahawa menberi wang saku yang mencukupi bermaksud melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Ini tanggungjawab hanya memuaskan keperluan anak-anak mereka dari segi fizikal, tetapi bukan dari segi mental. Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak bukanlah saja wang saku yang mencukupi, akan tetapi  perhatian, kasih sayang dan dapat berinteraksi dengan ibubapa dalam pengaulan seharian. Justeru, ibubapa hendaklah memberi nasihat, membantu dan menberi kasih sayang kepada anaknya apabila mereka memerlukan.

Faktor- faktor dalaman seperti emosi atau tekanan akan menyebabkan aktiviti vandalisme berlaku. Bagi orang yang tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal  emosi , mereka mudah dipengaruhi oleh kawan dan sekelilingnya. Ketika merasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti menconteng perkataan-perkataan kasar di dinding atau menulis benda yang bukan-bukan untuk membantu meredakan kemarahkan.

Selain itu, tekanan perasaan  juga adalah salah satu faktor yang mendorong vandalisme berlaku. Antaranya ialah tekanan daripada belajar atau tekanan dari pekerjaan. Ini bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk melepaskan tekanan yang dialami, mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau merosakkan harta benda awam demi untuk melupakan tekanan yang dihadapi.

Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik, ia akan membawa kesan buruk kepada masyarakat dan keamanan masyarakat akan terjejas. Sebagai contoh ,kerosakkan harta benda awam seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa atau mengalami kerugian kepada orang lain. Walaupun vandalisme bukan sesuatu jenayah yang sangat serius tetapi perbuatan ini akan menburukan nama dan ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana kegiatan vandalisme telah menyebabkan pelabur asing menghilangkan keyakinan kepada negara tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar dalam sektor ekonomi yang sedang membangun.

Jadi untuk menghapuskan fenomena vandalisme ini, tindakan yang tegas perlu diambil dengam segera. Pihak kerajaan, institusi keluarga dan media massa mempunyai tanggungjawab dalam membendung gejala ini. Pihak kerajaan perlu memberi hukuman yang lebih berat seperti penjara dan hukuman rotan bagi orang yang melakukan vandalisme. Tujuan menberatkan hukuman adalah untuk menakutkan orang-orang yang ingin melakukan vandalisme supaya mereka dapat bertimbang rasa sebelum melakukan sesuatu perkara.

Selain itu, ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras gejala ini . Mereka hendaklah meluangkan masa mereka untuk berinteraksi dengan anaknya. Mereka perlu tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka supaya boleh memberi nasihat yang baik. Di samping itu, fungsi media massa merupakah wadah yang penting dalam mengubah sikap remaja masa sekarang. Isu-isu yang dipaparkan berbentuk  pendidikan dan hendaklah mengurangkan program-program yang akan memberi impak negatif dan tidak bermoral kepada remaja seperti iklan merokok dan drama-drama yang tidak berfaedah.

Kesimpulannya, gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kejahteraan bagi sesebuah negara yang sedang membangun dan maju . 'Sediakan payung sebelum hujan', pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pembangunan negara. Dengan kata lain, pihak kerajaan, institusi keluarga dan media masa perlu berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar and effektif.

5 comments:

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *