Nama Penuh: Amatullah Tasnim Bt Che Manan
No. Matrik: 14021110
No. Siri: 045
Era globalisasi sangat mencabar bagi generasi sekarang, ianya telah
membawa pelbagai perubahan kepada kehidupan generasi sekarang. Antaranya,
perubahan dari segi pembelajaran yang sekarang kalau kita lihat telah pesat
dengan dunia teknologi dan bagaimana kita memanfaatkan teknologi tersebut. Sama
ada ke jalan yang betul atau sebaliknya. Sejauh manakah kepandaian kita
menggunakan teknologi ini untuk menyampaikan tentang “Kepentingan Pendidikan
Islam” kepada masyarakat luar di era globalisasi ini.
Pendidikan Islam ini bukan pendidikan yang perlu kita tepiskan atau
abaikan bahkan bagi ummat Islam ianya adalah asas ilmu kejayaan hidup di dunia
dan juga di akhirat. Betapa pentingnya pendidikan Islam ini terhadap sahsiah
masyarakat sekarang apatah lagi kepada generasi yang mendatang. Pendidikan
Islam ini sudah lama kita pelajari sedari alam sekolah rendah lagi, seterusnya
ke peringkat sekolah menengah dan seterusnya.
1.
Pengertian Pendidikan Islam :
Istilah
pendidikan Islam berasal dari gabungan dua perkataan iaitu “pendidikan” dan
“Islam”. Dalam bahasa Arab pula, pendidikan islam dikenali sebagai at-Tarbiyah
Al Islamiyah (التربية الاسلامية). Adapun dalam bahasa
Inggeris ianya disebut Islamic Education. Perkataan pendidikan itu sendiri
memberi maksud usaha kita mendalami ilmu islam bagi mewujudkan suasan belajar
dan proses pembelajaran agar mereka dapat mengembangkan bakat yang ada dalam
diri mereka seperti kekuatan, semangat keagamaan, pengurusan diri,
keperibadian, kesihatan, perbuatan mulia dan penampilan yang diperlukan oleh
dirinya dan masyarakat.
Pendapat
saya bahawa ummat Islam perlu mengetahui dan mempelajari tentang pendidikan
Islam ini tidak kiralah mereka dari bidang yang berlainan agar kekuatan iman
dan ketaqwaan kepada Allah Taala semakin meningkat dan dapat berakhlak baik.
Perkara ini saya anjurkan supaya generasi atau masyarakat kita tidak mudah
terpesong dan lalai dengan maklumat-maklumat yang salah yang disampaikan dari
dalam teknologi yang ada sekarang ini. Kita tidak mahu ummat Islam hari ini
Islam hanya pada nama, tetapi mereka tidak mengetahui maksud sebenar agama
Islam itu.
2.
Tujuan dari pendidikan Islam adalah :
Pendidikan
Islam amat penting kerana Allah ingin memberitahu bahawa manusia mestilah
menjadi khalifah di muka buminya dengan sebaik-baiknya, iaitu dengan
melaksanakan segala arahan dan tugas dari Allah Taala seterusnya sapat
memakmurkan dan mengurus bumi sesuai dengan aturan-aturan dan kehendak Allah
Taala.
Seterusnya,
tujuan pendidikan Islam kepada manusia adalah mengarahkan manusia supaya
menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu dalam hal yang
berkaitan beribadah kepada Allah Taala. Allah menginginkan kita agar berakhlak
mulia dan tidak menggunakan fungsi kekhalifannya untuk sesuatu yang bersalahan
dengan agama Islam.
Selain
itu, dengan mempunyai akal, jiwa dan badannya yang sihat dapatlah seseorang itu
menyampaikan ilmu pendidikan Islam dengan begitu baik dan sampai tujuan ilmu
itu kepada masyarakat di luar sana. Walau bagaimanapun tujuan-tujuan di atas
adalah semata-mata untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
3.
Pengertian globalisasi :
Mengikut
Wikipedia, perkataan “globalisasi” di ambil dari perkataan global yang
bermaksud universal. Makna globalisasi ini belum lagi muktamad tetapi makna
tersebut bergantung ke atas kefahaman dan pandangan seseorang. Setiap manusia
harini ini tidak dapat lari dengan era globalisasi ini melainkan seseorang itu
tidak minat akan dunia yang berteknologi dan suka hidup dalam dunianya sahaja
dengan tidak menggunakan televisyen, radio dan sebagainya.
Globalisasi
merupakan alat komunikasi bagi seseorang dalam melibatkan mereka dengan
seseorang yang lain melalui bantuan teknologi seperti telefon bimbit, radio,
televisyen dan lain-lain lagi. Proses ini berlaku dengan cepat sejajar dengan
pengetahuan manusia terhadap bidang ilmu yang pelbagai. Antaranya, bidang
ekonomi, politik, perdagangan, gaya hidup dan ilmu agama. Begitu cepat manusia
mengikuti perkembangan zaman.
4.
Pendidikan Islam Di Era Globalisasi :
Ianya
lebih kepada pengaruh Islam di era globalisasi. Segala maklumat-maklumat
diperolehi dengan segera walaupun seseorang itu berjauhan dengan tempat
kejadian akan tetapi dengan adanya teknologi media ini dapat menghubungkan
manusia dengan dunia luar. Pendidikan Islam merupakan ilmu yang penting kepada
manusia bagi menyiapkan diri mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik
lagi.
Namun
perkara tersebut tidak berlaku mengikut kehendak pendidikan Islam akibat
pengaruh dan ancaman dari dunia globasasi ini. Dikatakan globalisasi ini telah
menjadi ancaman besar bagi pendidikan Islam untuk mempertahankan nilai-nila
agama yang murni. Perubahan dalam bidang
pendidikan ini amat jelas oleh globalisasi ianya meliputi isi pendidikan, metod
pendidikan, media pendidikan, dan pelbagai aspek lagi.
Contoh
terdekat adalah pengaruh besar terhadap kokurikulum pelajar. Perubahan kaedah
pembelajaran kokurikulum ini telah memberi kesan terhadap guru apatah lagi
pelajar. Bermulanya di sekolah tadika lagi mereka di arah agar menghafal
angka-angka dalam versi bahasa inggeris, ini berlaku juga di sekolah-sekolah
rendah yang juga mempunyai pendidikan Islam.
Maka
disini terserlah la bahawa pendidikan Islam ini masih lagi tidak menjadi
pilihan pertama masyarakat, mereka sudah terpengaruh banyak dengan pendidikan
luar seperti pendidikan Inggeris. Mereka tidak mengetahui bahawa dengan
pendidikan Islam inilah yang mempunyai banyak elemen-elemen yang positif dan
boleh meningkatkan kualiti akhlak seseorang.
Kesimpulannya
di sini adalah pendidikan Islam boleh berada dalam pelbagai zaman iaitu masa
hadapan. Oleh kerana pendidikan Islam ini tidak di telan zaman dan ilmunya
sesuai dengan peredaran zaman dan sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini
dan seterusnya. Cadangan saya adalah mengembangkan ilmu pendidikan Islam agar dapat
menghasilkan kesan ilmu yang positif kepada masyarakat lalu dapat menyaingi
persaingan global.
No comments:
Post a Comment