Siti Maryam binti Zulkefli
no siri; 010
Pernikahan merupakan salah satu fitrah manusia sebagai naluri
kemanusiaan. Jika naluri ini tidak dipenuhi melalui pernikahan sebagai jalan
yang sah, maka akan timbullah kecenderungan untuk mengikuti jalan-jalan syaitan
yang pada akhirnya menjatuhkan manusia ke jurang kehinaan. Ingin tahu bagaimana
indahnya pernikahan dalam islam?.
Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan dalam sebuah hadis bahawa
pernikahan adalah menyempurnakan setengah agama seseorang muslim. Ungkapan ini
menegaskan bahawa pernikahan memiliki kedudukan yang mulia dalam islam.
Pernikahan merupakan babak yang baru bagi seseorang individu muslim dalam
membentuk sebuah keluarga di mana ia akan menegakkan syariat agama bukan hanya
untuk dirinya sendiri, namun juga terhadap pasangan hidupnya, anak-anaknya dan
seterusnya.
Alangkah baiknya jika umat Nabi s.a.w mengkaji sebab-sebab bernikah
adalah menjaga peraturan hidup, adab dan sunnahnya serta menjelas segala maksud
dan tujuannya. Hendaklah berusaha menikahkan orang yang belum pernah berkahwin,
begitu juga wanita yang membujang kerana ditinggal mati atau dicerai suaminya.
Janganlah dihalang untuknya bernikah. Pernikahan golongan tersebut adalah
perintah agama sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud “apabila habis
iddahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalang mereka kahwin lagi dengan
bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232).
Di antara hikmah yang besar, ialah diutus-Nya para nabi dan rasul
dari kalangan manusia, melalui naluri perkahwinan seperti manusia biasa.
Bernikah dengan isteri-isteri serta dikurniakan zuriat, agar perangai dan cara
hidup mereka dicontohi oleh umatnya serta seluruh manusia. Allah swt memuji
para wali-Nya yang juga mengamalkan perkahwinan sebagai satu dari cara
hidupnya, dan berdoa sebagaimana dinyatakan oleh firman-Nya yang bermaksud “dan
orang-orang yang berkata: ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri
kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami) dan jadikanlah kami imam
bagi orang-orang yang bertakwa”.( surah al-Furqan:74). Ulama tafsir berkata:
bahawa Allah swt apabila menyebut para nabi-Nya dalam al-quran semuanya punyai
keluarga dan zuriat belaka. Ayat-ayat diatas itu semuanya menganjur
dilaksanakan perkahwinan dalam kehidupan orang mukmin, dengan mencontohi
kehidupan para nabi dan rasul juga para auliya. Nikah juga sebahagian daripada sunnah
Nabi Muhammad s.a.w. tidak setuju terhadap sebarang sunnahnya, sama dengan
tidak setuju dengan Nabi s.a.w.da
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “sesiapa yang berupaya untuk
berkahwin hendaklah dia bernikah, perkahwinan itu lebih cepat untuk memejamkan
mata dari maksiat. Lebih kuat menjaga kehormatan”. Perkahwinan itu mengelakkan
seseorang itu dari sikap buruk dan lebih kebal mengawal kehormatannya dari
perbuatan zina. Nasihat Nabi s.a.w kepada orang-orang yang tidak mampu untuk
bernikah, seperti tidak berupaya dari segi kewangan. Mereka hendaklah berpuasa
dengan itu akan kendurlah runtuhan syahwatnya.
Inilah sebabnya islam amat menggalakkan perkahwinan, ianya untuk
menyelamatkan maruah daripada tercemar dan terjerumus ke lembah zina. Justeru
itu zina berputik dari liarnya pandangan mata, jika mata terkawal dari melihat
perkara mengghairahkan akan bebas dari gejala zina. Allah swt melarang
menghampiri perkara yang membawa kepada zina sebagaimana firmanNya yang
bermaksud “dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (surah al-Isra:32).
Menikah itu bukan hanya bertujuan untuk hidup tenteram dan teratur.
Menikah juga bukan hanya menjaga kemaluan agar terhindar dari zina atau
pergaulan bebas. Tetapi menikah juga merupakan ibadah untuk menyempurnakan
tanggungjawab dalam agama.
No comments:
Post a Comment