Nama :  Siti Nor Liayana Bt Mohd Nazri
No
Matrik  :14021160
No Siri  : 047
Gambar hiasan
Maksud
institusi pondok :
- perkataan pondok berasal daripada
     perkataan Arab fuduqun yang bererti rumah tumpangan atau tempat
     penginap para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan Islam, ia
     dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal
     pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah
     kawasan khas.
 
Lokasi
institusi pondok :
- Dikenali sebagai pesantren di Pulau
     Jawa dan Madura, surau di Minangkabau dan langgar di pulau-pulau lain. Di
     Tanah Melayu tertumpu di Pattani, Kelantan, Trengganu dan Kedah.
     Pondok-pondok itu dikenali berdasarkan nama guru yang menjadi pengasasnya
     atau nama tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir Tumbuh
     di Kelantan
 
Erti
pendidikan :
- Proses pemindahan ilmu dan budaya
     sama ada secara formal atau tidak formal. Institusi pondok adalah sistem
     pendidikan secara formal dan tinggi.
 
Isi :
Perkembangan
kewujudan institusi pondok :
- Institusi pendidikan sebegini
     dikatakan bermula dengan kedatangan seorang guru agama atau ulama dari
     luar mengajar ilmu agama kepada orang-orang kampung di mana pengajaran
     dilakukan secara ikhlas atau sukarela kerana Allah s.w.t.
 - Dengan pertolongan orang-orang
     kampung , rumah guru dan pondok didirikan dalam satu kawasan 
     berdekatan. Tempat terdirinya kediaman berkenaan biasanya milik guru
     berkenaan atau diwakafkan oleh individu2 tertentu.
 
Ilmu agama :
- Dari segi pembelajaran sukatan
     pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia
     bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah
     tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan
     kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan
     menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.
 
Ilmu perubatan
:
- Sesetengah institusi pendidikan
     pondok mendedahkan ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan
     spt akar kayu di samping jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
     Antara kitab yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al
     Hikmah, Kitab Mujarabad dan lain-lain.
 
Mata pelajaran
sampingan :
- Untuk menghilangkan rasa jemu di
     kalangan para pelajar mata pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan
     qasidah turut diajar
 
Bahasa
pengantar :
- Pembelajaran dijalankan dalam bahasa
     Melayu memandangkan banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam
     bahasa Melayu.
 
Tenaga
pengajar :
- Para pelajar diajar secara percuma,
     guru di sekolah pondok hanya mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya
     yang mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan.
 - Hubungan antara guru dan anak-anak
     muridnya amat rapat, buka sahaja kerana kealiman guru berkenaan, bahkan
     rasa tanggungjawab guru berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan
     anak-anak mereka untukdididik oleh guru berkenaan
 
Tempoh belajar
:
- Tempoh masa belajar di sekolah pondok
     tidak terhad, ada di kalangan para pelajar berada di institusi ini selama
     10 tahun, malah ada di kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok
     yang lain
 
Kaedah
pembelajaran :
- Dalam bentuk halaqah, di mana para
     pelajar akan membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka. Selain itu
     guru-guru juga menggunakan kaedah hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan
     (muhadatah), soal jawab perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan
     lain-lain
 
Lepasan pondok
:
- Mereka akan menjadi tenaga pengajar di institusi pondok. Ada yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah, kemudian apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat lain. Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.
 
Kesimpulan :
Kewujudan dan
perkembangan institusi pendidikan pondok di Alam Melayu telah meninggalkan
pelbagai kesan yang besar, antaranya ialah memartabatkan tulisan jawi dan yang
paling penting ialah berjaya melahirkan ilmuan dn cerdik pandai Islam yang
diwarisi hingga hari ini.


No comments:
Post a Comment