Ditulis oleh : Nur Farah Idayu Binti Hassan
No Siri : 028 | Matrik : 14021215
Menurut kamus dewan, implikasi membawa maksud kesan yang dapat ditakrifkan daripada sesuatu. Penganiayaan pula bererti perbuatan menganiayai, penyiksaan atau penindasan. Manakala kanak-kanak pula bermaksud golongan kanak-kanak yang masih kecil iaitu kebiasaannya berumur bawah dua belas tahun. Oleh itu penganiayaan kanak-kanak bermaksud sebarang berbuatan yang dilakukan terhadap kanak-kanak samada dalam bentuk fizikal, mental atau seksual.
Sejak kebelakangan ini, isu tentang gejala penganiayaan kanak-kanak semakain hangat dibincangkan. Masyarakat mula prihatin terhadap isu ini setelah satu kes penderaan dilaporkan yang menyebabkan kematian akibat penganiayaan. Peristiwa ini telah mengetuk pintu hati rakyat seluruh negara supaya benar-benar prihatin terhadap masalah kanak-kanak. Lanjutan daripada peristiwa itu, kes penganiayaan kanak-kanak semakin meningkat jumlahnya. Mengapakah hai ini terjadi? Adakah ini menunjukkan manusia sudah hilang perasaan perikemanusiaan?
Si penganiayaan sanggup mendera kanak-kanak yang tidak boleh melawan tetapi hanya mampu menangis sahaja. Perlakuan mereka lebih kejam daripada binatang kerana binatang pun mempunyai naluri kasih kepada anak masing-masing. Ini merupakan satu gejala yang amat memalukan. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini ialah ibu bapa atau penjaga mengalami masalah tekanan hidup kerana kemiskinan akibat kekurangan didikan agama dan moral, kesempitan wang, badan yang letih serta kerisauan yang memuncak menyebabkan mereka mudah hilang pertimbangan dan cepat bertindak kasar, sasaran utama mereka ialah terhadap kanak-kanak. Umumnya penganiayaan terhadap kanak-kanak berpunca daripada ketidakprihatinan ibu bapa menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak yang dianugerahkan oleh Allah dan kegagalan mereka melaksanakan amanah sebagai ibu dan bapa.
Gejala penganiayaan ini juga boleh memberi kesan jangka pendek terhadap kanak-kanak. Mangsa berkemungkinan mengalami kecederaan fizikal iaitu melecur, luka di seluruh anggota badan dan kecederaan dalaman. Ekoran itu kanak-kanak akan hilang selera makan dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Lanjutan dari gejala ini, menyebabkan mereka berasa dirinya tersisih dan mungkin mengalami gangguan mental yang serius. Ini mengakibatkan terbantutnya pertumbuhan normal seseorang kanak-kanak. Jikalau dibiarkan fenomena ini berterusan akan memberi implikasi negatif kepada nilai kemasyarakatan dan negara dalam jangka masa yang panjang anratanya ialah masalah kecacatan dan peningkatan kadar kematian kanak-kanak. Kesan dari gejala ini akan menyebabkan bakal generasi muda mengalami kecacatan fizikal, mental dan berkemungkinan mengalami kesan psikologi akibat penderaan.mereka menjadi kurang siuman dan menderita seumur hidup. Kebanyakan remaja perempuan akan diburu perasaan takutkan lelaki manakala kanak-kanak lelaki yang pernah menjadi mangsa dera mungkin akan mengambil alih sebagai penderita kepada anak-anak mereka pula, bak kata pepatah Melayu “ Bapa borek anak rintik”.
Implikasi dari fenomena ini juga boleh menyebabkan kematian. Ini mengakibatkan negara mengalami kerugian kerana anak-anak merupakan aset utama pembangunan negara. Gejala ini juga boleh memberi kesan terhadap tindakbalas kanak-kanak dan tindakbalas ini meliputi dua aspek. Pertama tindakan kejam yang dilakukan ke atas kanak-kanak akan menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain. Kedua mendorong mereka mengambil tindakan lari dari rumah, dan ini akan meningkatkan lagi jumlah penglibatan kanak-kanak dalam kes jenayah juvana seperti peras ugut, mencuri, menyaman dan sebagainya. Penganiayaan kanak-kanak juga boleh menjejaskan imej negara sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berpegangan agama dan budaya Timur yang murni. Malah masyarakat luar juga akan menganggap Malaysia bersikap kejam terhadap kanak-kanak, dan ini akan menjejaskan usaha menggalakkan industri pelancongan negara. Selain daripada itu, gejala ini juga seolah-olah menggambarkan masyarakat Malaysia berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya kemiskinan. Jadi tidak hairanlah negara kita sering dijadikan bahan eksploitasi media asing untuk mengutuk dan menghina negara kita. Kes penganiayaan kanak-kanak yang menjadi-jadi sudah tentu menyebabkan masyarakat luar juga menganggap undang-undang Malaysia tidak tegas dalam menangani isu ini. Malah orang ramai juga akan mempertikai apakah peranan undang-undang Malaysia selama ini. Oleh itu jikalau fenomena ini tidak dibendung secepat mungkin, kemungkinan masyarakat akan mengalami kerosakan dan negara menuju kemusnahan, tercapaikah wawasan 2020 nanti? Gejala penganiayaan kanak-kanak yang kian serius, seharusnya ditangani segera agar mewujudkan masyarakat yang harmoni, antaranya ialah melalui pengkuatkuasaan undang-undang pelindungan kanak-kanak. Hukuman yang maksimum patut dikenakan ke atas mereka yang melakukan jenayah ini. Kesedaran agama dan moral yang tinggi harus dipupuk dan orang ramai harus peka serta mengambil tahu tentang masalah ini.
No comments:
Post a Comment