NAMA: SITI NOR NAJWA BINTI FAUZI
NO MATRIK: 14021159
NO SIRI: 070
PERSEPSI SAUDARA PASTI BERBEZA!
Mungkin saudara tercari-cari panduan bertayammum,
syarat-syarat sah perkahwinan atau pembahagian harta menurut Islam. Ataupun
persoalan-persoalan remeh yang sepatutnya saudara tahu tetapi saudara malu
untuk bertanya! Saudara mungkin telah menemuinya dalam buku-buku yang lain
tetapi mendapati saudara memerlukan masa yang panjang untuk membacanya.
Sedangkan, masa amat mencemburui saudara.
Ataupun, mungkin saudara tercari-cari panduan fardu
ain yang menepati kehendak saudara yang selalu sibuk, panduan yang mudah
difahami dengan pantas dan dapat menarik perhatian saudara untuk membacanya.
PANDUAN SEBEGINI SEBENARNYA ADA!
Pernahkah saudara mengambil sebuah buku dan terasa
ingin untuk membacanya kerana tajuknya menarik tetapi meletakkannya kembali
setelah membuka beberapa helaian untuk membacanya? Adakah ketika itu saudara
terasa isinya sangat berat untuk dihadam dan saudara mendapati agak sukar untuk
memahamnya? Bukankah selepas itu saudara berharap isi buku itu dipersembahkan
dengan cara yang menarik, memudahkan pemahaman dan mempunyai grafik menarik
yang pelbagai dan tidak menjemukan?
Begitulah juga dengan diri saya…sebelum menemui
buku ini.
MEMPERKENALKAN
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
Modul fardu ain, keluarga dan
masyarakat sepanjang hayat.
APA ADA
DENGAN ‘INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT’.
Isi-isinya
disampaikan dalam bentuk carta, peta minda, penerangan bergrafik, panduan
bergambar dan penerangan jelas menghasilkan kepelbagaian yang menarik minat
pembaca.
Contohnya,
penerangan tentang syarat-syarat akikah di bawah telah disampaikan dalam bentuk
carta roda yang dapat menarik perhatian dan tidak menjemukan seperti yang anda
boleh lihat di bawah. Ayat-ayat dalam roda berkenaan juga ringkas, padat tetapi
masih mengekalkan maklumat penting yang perlu bagi pembaca. Ini amat berbeza
dengan kebanyakan buku fardu ain yang menggunakan teknik penyampaian melalui
perenggan-perenggan yang menjemukan pembaca.
Pembaca akan mendapati
perkara-perkara penting yang perlu diketahui setiap individu Muslim bermula
dari kelahiran, zaman kanak-kanak, remaja, menjadi dewasa,mencari pasangan,
berkahwin dan berkeluarga, hidup bermasyarakat dan menghadapi saat kematian
dihuraikan dengan begitu menarik sekali dalam “Indahnya Hidup Bersyariat” agar
ilmu fardu ain dapat difahami sebagai perkara yang memudahkan kehidupan saudara.
Saudara
akan mendapati Islam itu mudah dan memudahkan
“Panduan
hidup yang disediakan oleh Allah SWT dipanggil syariat. Mempelajarinya
merupakan fardu ain (Menjadi kewajipan ke atas semua orang – lelaki dan
wanita). Masa mempelajarinya ialah dari buaian hingga ke liang lahad. Apabila
telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai pula masa untuk mengamalkannya.
Itulah amalan syariat”.
No comments:
Post a Comment