Friday, January 27, 2017

Agama dan Isu Semasa

Nama penuh: Raihan Binti Abdullah
No siri: 039
No matrik: 15021301

Orang-orang islam khususnya generasi muda akan berasa janggal ketika mengkaji pendekatan agama yang mudah terhadap isu-isu semasa, yang mengikut pendekatan bukan agama memerlukan kesabaran, kajian, analisis, serta pendekatan yang mendalam secara ilmiah bagi menangani isu-isu tersebut. Ia benar-benar berlaku  sekiranya mengikut pendekatan syariah. Ini kerana setiap peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah yang ditakdirkan oleh Allah SWT yang menghimpun berbagai-bagai hikmah. Termasuklah hikmah tersebut dijadikan sebagai pengajaran, balasan, serta ujian untuk kita sebagai hambanya.

Ini kerana setiap ujian atau cubaan tersebut supaya kita sebagai manusia sentiasa bersedia untuk menerima pengajaran dan berusaha bagi mengatasi masalah dan juga ujian setiap yang dihadapi. Walaupun begitu, pendekatan secara islam tentang isu-isu alam sekitar, ekonomi, dan juga sains tidaklah sekadar isu takdir tuhan atau balasan Tuhan kepada kita semata-mata. Oleh sebab itu, ini merupakan pendekatan yang dituntut oleh ajaran agama kita iaitu ajaran islam.

Pendekatan ini sememangnya dapat menguatkan iman manusia bahkan dalam masa yang sama ia mungkin menjadikan orang islam lebih suka mengambil sikap positif dan negative dalam sesuatu perbuatan, atau menyerah kalah tanpa usaha sekiranya pendekatan syariah ini tidak dihubungkan dengan pendekatan social, sainitifik dan juga ciri-ciri kehidupan realiti manusia itu sendiri.  





No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *