Wednesday, January 25, 2017

Menanam di Dunia Menuai di Akhirat


Ditulis Oleh :
Nama : Nurul Fatihah Binti Ismail
No Siri : 005 | No Matrik : 14021147

Harta di dunia ini boleh mendorong pemiliknya untuk membuat pilihan sama ada untuk menuju ke syurga atau  neraka. Dunia diciptakan untuk kita meraih pahala dan sebagai bekalan kita di akhirat kelak. Pepatah yang sering kali kita dengar “Menanam di dunia menuai di akhirat”. Cintakan dunia dengan kekayaan yang kita miliki dan dengan kekayaan itu kita berlumba-lumba meraih sebanyak mungkin pahala yang akan dijadikan amal jariah kita berpanjangan di sepanjang hayat bahkan di akhirat kelak.
Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaqkan atau sedekahkan di jalan Allah sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti .
           
Maksud Firman Allah s.w.t :

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. [ surah al-Baqarah :195]


Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. Setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezeki yang Allah s.w.t berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan mengagihkan rezeki tersebut untuk insan lain juga.
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

Beberapa kebaikan bagi orang yang bersedekah iaitu kebaikan di dunia dan di akhirat.Antara kebaikan bagi orang yang bersedekah di dunia ialah dapat membersihkan harta, menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil, menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit, mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya, dan Allah akan memberkati harta kita serta menambahkan rezeki yang kita tidak sangka-sangka.Manakala kebaikan di akhirat pula sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar), sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti, sedekah akan menambahkan berat timbangan ( mizan ) kebaikan kita, sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga, dan memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirat al-Mustaqim.
Dalam pemikiran masyarakat kita biasanya bila disebut sedekah,tergambarlah dalam bentuk wang, harta, atau apa saja yang berharga. Sebenarnya banyak lagi cara lain untuk bersedekah walaupun tiada harta. Begitu indah Islam kerana memberi peluang untuk seseorang bersedekah walaupun tiada harta dan wang ringgit. Antaran bentuk sedekah yang lainnya ialah melakukan kebaikan di jalan Allah s.w.t , amar ma`ruf nahi munkar , damaikan orang bermusuhan , memberi salam dan senyum , berzikir dan sebagainya.

Semoga kita menjadi umat Islam yang selalu bersedekah, berpesan-pesan kepada kebenaran. Insyallah akan dipermudahkan segala urusan harian kita, dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *