Saturday, January 28, 2017

Faktor-faktor Terjadinya Keruntuhan Moral

Nama: Amatullah Tasnim Bt Che Manan
No. Matrik: 14021110     No. Siri: 045

Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara itu berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara yang bejaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. “Trend-trend” songsang yang tumbuh “seperti cendawan selepas hujan” menandakan gejala ini semakin teruk. 

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya amat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.

Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara buruk itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, “manang jadi arang, kalah jadi abu”.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka menjalankan tanggungjawab mereka tehadap anak-anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepatah, “sudah terhantuk, baru tergadah”.

Antara punca lainnya ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, nedia massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negative secara diam. Bak kata pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semula jadi remaja juga sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama- kelamaan mereka akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.

Langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini ialah ibu bapa memainkan peranan mereka. Ibu bapa merupakan orang yang membesarkan mereka dan paling memahami dengan perangai dan hati budi mereka. Oleh itu, ibu bapa semestinya dapat menasihati mereka dan menarik mereka ke pangkal jalan. Selain itu, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dari awal kerana bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain itu pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuait untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.

Antara langkah lain yang dapat diambil juga ialah mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Kesimpulannya, para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara. Oleh itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan diberi pimpinan agar mereka tidak sesat kea rah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa cerah.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *