nama
: nurul iffah bt ab.hamid
no.matrik
: 14021103
no.siri
: 076
Konflik Israel-Palestin
merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab
Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik
Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian
antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.
Banyak percubaan telah
dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang
melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada
masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah
penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik,
menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin
melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa
hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.
Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian
satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi
sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun,
terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan
mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas
masing-masing.
Terdapat banyak pemain
dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak
perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas.
Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali
sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia,
Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang
kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah
mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab,
merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.
Sejak tahun 2006, pihak
Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah,
parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu,
wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim
Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur
Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah
pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu,
walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.
Pusingan perundingan
keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan
November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun
2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang
merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan,
keselamatan, sempadan, dan air.
Dalam kalangan masyarakat
Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan
pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam
konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Ini
bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja
antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.
Ciri utama konflik ini
ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban
perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel
pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang
awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.
No comments:
Post a Comment