NAMA : SITI
HARTINI BINTI HUSING
NO.MATRIK :
14021155
NO.SIRI : 036
Assalamualaikum
w.b.t , isu yang saya ingin bincangkan adalah mengenai akidah. Maksud akidah
dari segi bahasa ialah simpul , ikatan , kuat dan erat . Manakala dari sudut
istilah ialah , keyakinan teguh yang tidak bercampur keraguan dengan sesuatu
apa pun sehingga akidah islam dapat di definisikan iaitu meyakini seyakin –
yakinnya dan mengikuti segala ajaran yang telah disampaikan oleh nabi Muhammad
S.A.W sebagai tauladan yang baik melalui akhlak atau petunjuk baginda melalui
al-quran dan as-sunnah. Akidah seorang muslim yang baik harus mencontohi
perbuatan dari Nabi Muhammad S.A.W ,iaitu samada bermula dari hal –hal yang
kecil seperti cara makan ,minum , mandi atau tidur .Islam adalah agama yang
paling sempurna dan hanya agama islamlah agama yang diredhai Allah S.W.T. Allah
berfirman dalam al-quran iaitu dari surah Al – Maidah : 3 yang bermaksud “ Pada
hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu , dan telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku , dan telah Ku-redhai
islam sebagai agama bagimu” . Akidah islam adalah akidah yang paling benar dan
akan membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan baik di dunia mahupun di
akhirat . Dalam ajaran islam , akidah islam ( al-aqidah al-islamiah ) merupakan
keyakinan pada sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dalam rukun iman
iaitu , keyakinan kepada Allah , yakin kepada malaikat , yakin pada kitab-kitab
, yakin pada Rasul –rasul,hari akhirat ,
serta qadha’ dan qadar .
Hal ini
disandarkan kepada hadis soheh yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat
Umar bin al – Khatab r.a yang dikenali dengan hadis Jibril , kedudukan akidah
dalam islam dalam ajaran islam , aqidah memiliki kedudukan yang sangat
penting . Ibarat suatu bangunan ,akidah
adalah asas sedangkan ajaran islam yang lain , seperti ibadah dan akhlak ,
adalah sesuatu yang dibangun di atasnya . Maka aqidah yang betul merupakan
landasan ( asas) bagi menegakkan agama (din) dan diterimanya suatu amalan .
Allah S.W.T berfirman dalam surah al-kahfi : 110 yang bermaksud “ Maka barang
siapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya ( di akhirat ) maka hendaklah dia
beramal soleh dan tidak menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada
Tuhannya” . Mengingat pentingnya kedudukan aqidah , maka Nabi dan Rasul
mendahulukan dakwah dan pengajaran islam dari aspek aqidah , sebelum aspek yang
lain . Rasulullah S.A.W . berdakwah dan mengajar islam pertama kali di Kota
Mekah dengan menanam nilai – nilai aqidah atau keimanan dalam waktu yang cukup panjang
iaitu selama lebih kurang tiga belas tahun
. Dalam waktu tersebut kaum muslimin yang merupakan minoriti di Mekah mendapat
ujian keimanan yang sangat berat . Ujian berat itu kemudian terbukti menjadikan
keimanan mereka sangat kuat sehingga menjadi landasan yang kukuh bagi
perjalanan perjuangan islam seterusnya .Sedangkan pengajaran dan penegakkan
hukum –hukum syariat dilakukan di Madinah , dalam waktu yang lebih singkat
iaitu lebih kurang sepuluh tahun . Hal ini menjadi pengajaran kepada kita
mengenai betapa pentingnya aqidah atau keimanan dalam ajaran islam .
Ciri
– ciri akidah yang betul ialah kepercayaan yang berlandaskan kepada dalil Al –
Quran dan as-sunnah seperti keyakinan terhadap kewujudan Allah S.W.T . ,
keimanan dan keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa , kepercayaan dan
keyakinan yang berlandaskan pada kitab al-quran dan as-sunnah Rasulullah S.A.W serta menjauhkan diri daripada segala
perbuatan yang merosakkan aqidah seperti mensyirikkan Allah S.W.T . Manakala ciri-ciri
aqidah yang salah pula adalah seperti contoh tidak mempercayai tentang
ketuhanan atau menafikan kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T. , Mempercayai
amalan khurafat dan melakukan perbuatan syirik seperti menyembah berhala ,serta
mengamalkan kepercayaan dan amalan yang tidak bersumberkan Al-Quran dan hadis
Nabi S.A,W. Tujuan mempelajari ilmu
aqidah adalah supaya dapat meyakinkan seseorang tentang kewujudan Allah S.W.T .
, dapat mengakui tentang kekuasaan Allah S.W.T. , yang mencipta alam ini ,dapat
memelihara iman supaya tidak terpesong dari ajaran yang sebenar , dapat
mengenali ajaran aqidah yang salah , dapat menolak ajaran sesat dan
penyelewengan dalam agama islam serta dapat meningkatkan ketaatan makhluk
terhadap pencipta iaitu Allah S.W.T. Secara ringkasnya apa yang dapat saya
simpulkan adalah ilmu aqidah adalah sangat penting bagi seseorang muslim ,
banyak dalil – dalil yang dapat kita lihat dari al-quran dan juga as-sunnah
tentang betapa pentingnya aqidah dalam hidup kita.semoga kita tergolong dalam
golongan hamba yang sentiasa bertakwa kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment