Wednesday, January 25, 2017

ADAKAH KLON HALAL?

NAMA: NURUL AIN AMANINA BINTI ABDUL RAHIM
NO MATRIK: 14021144
N0 SIRI: 075
Klon adalah organisma atau sel yang lahir daripada proses ‘bukan seks’ atau asexual proses. Ia bermaksud, sekiranya sesuatu organisma atau sel dilahirkan atau membiak daripada sel yang satu tanpa memerlukan persenyawaan antara benih jantan dan betina dan yang seumpamanya, ia dikenali sebagai klon. Sebahagian makhluk rendah seperti protozoa, alga, serta kulat hidup, dan membiak secara begini.
            Pada bulan julai 1996, sepasukan ahli sains dari Scotland telah mencipta klon kambing biri-biri yang dikenali dengan nama Dolly. Dolly dilahirkan pada bulan Februari 1997. Kelahiran Dolly mengejutkan dunia kerana ia membawa petanda manusia juga secara teorinya dapat dilahirkan dengan cara mengklon.
“Dolly”  Hasil Pengklonan…

PROSES MENGKLON MANUSIA BERBAHAYA?
            Menurut Dr. David Whitehouse, editor sains BBC News, percubaan ahli-ahli sains bagi melahirkan klon yang melibatkan lima spesies mamalia selama ini menghadapi kegagalan. Kebanyakkan klon yang dihasilkan mati dalam kandungan, hampir semua percubaan ini mengancam nyawa ibu dan klonnya. Kambing biri-biri Dolly terhasil selepas ahli-ahli sains gagal dalam percubaan mereka sebanyak 247 kali. Klon yang Berjaya dihasilkan pula kebanyakannya mengalami kecacatan yang teruk yang melibatkan organ-organ utama seperti hati, jantung, paru-paru,pembuluh darah, serta otak. Kesemua ini adalah bahaya dan risikonya diketahui berdasarkan pengalaman hari ini. Bahaya yang dihadapi mungkin bukan sekadar ini.

            Mahukah kita melihat kesemua ini berlaku kepada klon manusia? Justeru islam tidak membenarkan  segala usaha melahirkan klon manusia kerana ia adalah perbuatan luar tabii yang mempunyai banyak kemudaratan dan kerosakkannya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ia bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
KLON YANG HALAL

            Klon manusia jelas sekali diharamkan, namun penghasilan klon bagi menghasilkan ubatan dan organ bertujuan merawat pesakit adalah halal dan digalakkan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mengalami kerosakkan hati, maka pemindahan hati perlu dilakukan. Risiko alahan dan penolakkan adalah tinggi kerana terpaksa menggunakan hati orang lain.
Sebaliknya sekiranya klon hati sendiri dapat dihasilkan,pemindahan hati dapat dilakukan dengan selamat. Demikian juga dengan klon bagi menghasilkan buah pinggang, jantung, mata, dan yang lain-lainnya.


            Secara dasarnya, islam menggalakkan kajian dalam bidang sains dan teknologi. Sejak zaman Nabi lagi, islam menyuruh penganutnya menerokai alam bagi menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Walau bagamanapun, sekiranya kajian yang dilakukan dan produk yang dihasilkan mendatangkan bahaya, ia dilarang dan diharamkan. Menurut Ahmad dan Ibnu Majah, Rasulullah s.a.w bersabda, “Jauhilah perkara yang mendatangkan kemudaratan,”

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *