Friday, January 27, 2017

Jasa Dan Pengorbanan Ibu Bapa

Nama : Siti Nor Liayana Bt Mohd Nazri
No Matrik :14021160
No Siri : 047


Kisah si Tanggang yang semakin mewarnai berita tempatan jelas menunjukkan rapuhnya ikatan sebuah kekeluargaannya pada masa kini yang semakin hari semakin berleluasa . Contohnya , kisah seorang ibu di sembelih oleh anak kerana enggan memberikan wang . Sikap ini menunjukkan bahawa sikap kemanusiaan semakin luntur dalam diri kita . Keadaan ini tidak boleh di pandang rendah kerana anak-anak perlu sedar betapa besarnya pengorbanan ibu bapa . Pengorbanan ibu bapa terlalu bernilai kerana tanpa ibu bapa kita tidak akan wujud di negara ini .Sebagai seorang anak , kita wajar memberikan yang terbaik buat ibu bapa kita terutamanya ibu kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu .

Walau siapa pun kita , perkara yang paling penting kita lakukan sebagai seorang anak adalah menhormati ibu bapa kita . Tutur kata yang sopan dan berkhemah pasti membuatkan ibu bapa kita merasa bangga mempunyai anak-anak yang berbudi pekerti . Di waktu orang tua kita mencecah usia , mereka akan cepat terasa .Di sini jelaslah bahawa menghormati ibu bapa adalah sangat penting .

Tidak di nafikan bahawa anak-anak pada zaman ini terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing . Namun , kita sebagai anak cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bercuti bersama ibu bapa . Jika ibu bapa tinggal di kampung , luangkanlah masa ibu bapa di kampong. Secara tidak langsung , hubungan anak-anak kita akan lebih rapat dengan datuk dan nenek mereka . Kegembiraan pasti akan terpancar di wajah ibu bap ajika kita bersemuka berbanding dengan hanya bercakap di telifon . Ibu bapa pasti akan rasa di hargai jika kita sanggup meluangkan masa bersama mereka walaupun dalam masa yang singkat.

Sejak muda , ibu bapa telah banyak berusaha untuk menyediakn segala keperluan kita . Ibu bapa yang bertanggungjawab sanggup melakukan apa saja asal kemahuan kita di penuhi . Maka , setelah kita bekerjaya , hulurkanlah sebahagian daripada hasil titik peluh kita kepada ibu bapa . Wang yang kita hulurkan selalunya tidak di belanjakan sepenuhnya oleh ibu bapa kerana perbelanjaan hidup yang semakin sederhana . Ibu bapa boleh menggunakan wang tersebut untuk bersedekah dan melakukan amal jariah.

Selain daripada itu , jika ibu bapa kita sihat ,gunakanlah peluang itu untuk berbakti kepadanya dengan menjaga mereka . Mungkin inilah bakti terakhir kita terhadap ibu bapa . Jagalah mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang .

Ibu bapa kita tiada galang gantinya . Pengorbanan seorang ibu bapa  tidak dapat di bayar gantinya kerana pengorbanan dan kasih sayangnya terlalu bermakna dan tinggi nilainya . Susah payah seorang ibu mengandungkan kita selama sembilan bulan terlalu bermakna bagi seorang ibu .Maka sebagai seorang anak , kita perlulah menjaga hati , perasaan ibu bapa . Hargailah ibu bapa kita sebelum nasi menjadi bubur . 


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *