Nama
: SITI
FADILAH MANSOR
No. Matrik : 14021252
No: Siri : (086)
Mengikut statistik penceraian terkini dilaporkan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM),semesmangnya diakui kes penceraian semakin menjadi-jadi.
Lebih tragis statistik juga membuktikan banyak kegagalan perkahwinan berlaku di
bawah tempoh usia lima tahun. Malah banyak lagi kes yang masih dalam usaha
untuk diselamatkan daripada menempuh alam penceraian. Dalam islam penceraian
merupakan perkara halal tetapi dimurkai oleh Allah. Ada juga mengatakan
mengegarkan Arasy Allah.
Antara faktor keruntuhan institusi keluarga dan ajaran mengikut Islam:
1.
Kecederungan
dan niat untuk berkahwin tidak tepat.
Ramai pasangan yang cenderung untuk berkahwin kerana cinta dan seks
semata-mata . betul, keperluan seksual adalah antara hikmah sebuah perkahwinan
tetapi seks bukan pertama utama. Jika menjadikan seks sebagai tujuan dan niat
utama untuk berkahwin, kegagalan menerima layanan seks menjadi punca mudah
rumahtangga rapuh.
Islam telah mengajar umatnya supaya hikmah berkahwin adalah satu sunnah
junjungan mulia Nabi dan Rasul. Ia juga dapat memelihar iman dan hati akan
menjadi aman dan tenteram. Rasulullah S.A.W amat bangga dengan umatnya yang
ramai di akhirat nanti. Justeru menerusi perkahwinan akan lahirlah zuriat umat
islam yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi dan menjadi
khalifah islamiyyah.
2.
Kesilapan
dalam memahami maksud status seorang suami dan isteri.
Perkahwinan bukan menjadi suami
seorang dan menjadikan isteri menjadikan isteri seorang hamba. Prinsip
perkahwinan meletakkan perkahwinan sepatutnya menjadi satu perkara yang
membahagiakan bagi kedua-dua pihak, suami dan isteri. Perkahwinan juga
bermaksud perkongsian dan toleransi, bukan satu kata putus tanpa perbincangan.
Suami diamanahkan sebagai ketua keluarga disebabkan suami dibebankan
dengan tanggungjawab yang pelbagai bukan sahaja keperluan nafkah , kasih sayang
dan perhatian malah , mendidik isteri dan anak-anak . namun, itu bermakna suami
berkuasa itu untuk mengarah itu ini agar isteri patuh tanpa ada ruang langsung
untuk isteri menberi pendapat dan pandangan.
Islam mewajibkan isteri patuh dan taat kepada suami tetapi perlulah
bertempat . jika perintah suami berlawanan dengan kehendak syarak , kehendak
suami tidak perlu ditaati.
3.
Kegagalan
menjalankan tanggunjawab dan amanah dalam perkahwinan.
Kedua-dua suami isteri mempunyai
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri
dan tanggungjawab isteri menjadi hak suami. Apabila satu pihak gagal
menjalankan tanggungjawab yang patut,
maka satu pihak lagi tidak menerima hak yang sepatutnya yang memungkinkan cinta
yang ada pudar dan hilang lantas usaha untuk keluar daripada perkahwinan
dilakukan.
4.
Kurang ilmu rumah tangga dan perkahwinan.
Hampir 75 peratus pasangan yang
bercerai dikenal pasti sebagai individu yang kurang ilmu berkaitan perkahwinan
dan rumah tangga. Hampir 20 peratus lagi adalah individu yang tahu tetapi tidak
mengamalkan ilmu yang diketahui, sementara bakinya adalah individu yang hanya
memikirkan perkahwinan adalah layanan seks semata-mata.
5.
Kurang atau hampir tiada iman.
Rata-rata kes yang berlaku di Malaysia ini,
punca utama runtuhnya sesebuah perkahwinan adalah kerana kurang atau hampir
tiada langsung ilmu dan iman.Tidak kiralah kedua-dua pihak iaitu suami dan
isteri atau sebelah pihak sahaja sama ada suami atau isteri. Namun, 90 peratus
perkahwinan hancur apabila sebelah pihak tidak beriman kepada Allah.
Iman kepada Allah merupakan asas kebahagiaan dalam setiap aspek
kehidupan termasuk perkahwinan. Individu yang mantap iman dan taqwanya kepada
Allah akan berusaha sedaya-upaya melaksanakan segala perintah Allah dan
meninggalkan segala larangan-Nya termasuk berusaha yang terbaik untuk
perkahwinan dan rumah tangganya agar sentiasa diredai Allah.Kurang atau tiada
iman menyebabkan individu tidak kisah dan bebas melakukan perkara yang
melanggar syarak dan menyakitkan hati pasangan.Menjaga solat adalah antara
usaha penting dalam mengekalkan keharmonian perkahwinan mengikut jalan-Nya.
Solat yang dilakukan dengan khusyuk dan tawaduk akan menghalang individu
daripada terlibat dengan perkara keji yang boleh meruntuhkan institusi
perkahwinan.
No comments:
Post a Comment