Ditulis oleh : SITI SARA BINTI ZULKIFLEE
No siri : 095
No matrik : 14021200
Sudah terang
lagi bersuluh, sudah jelas lagi nyata gejala penyalahgunaan dadah dalam
kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi.
Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit
akan tetapi manusia menyalahgunakannya
untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai
sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam
tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh
seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Antara
nama-nama dadah ialah ketamin, halluceno, lysergic acid, phenlyclidine. Faktor berlakunya
penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti
masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan
emosi berlaku secara keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan
sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan
penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman
setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya,
kesibukkan ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa
terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan
melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada
ibu bapa.
Di
samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan
tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka
sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras
dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan
membawa maut.
Kesan-kesan
penagihan dadah dari segi sosial. Penagihan dadah akan membawa kepada penagih
kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan. Hal ini demikian kerana,
mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain. Bagi
ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran, kandungan yang tidak
stabil, cacat atau mati. Selain itu, penagih dadah kebayakkan
dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan otak dan
ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong untuk
melakukan perkara di luar jangkaan seperti merompak,meragut, merogol, dan
membunuh dan meningkatkan kadar berlakunya masalah sosial. Keadaan ini
menjatuhkan imej negara dan pelaburan asing tidak berani untuk melabur di
negara kita.
Kesan-kesan
penagihan dadah dari segi fizikal, mental dan emosi. Penyalahgunaan dadah akan
menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih
dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal),
dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan
paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain
itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami
kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih
pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar
metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan
serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara
mendadak.
Kesimpulannya,
dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada
banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua
pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah
ini yang juga dianggap musuh utama Negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang
bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk
menangani masalah tersebut. Namun, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai
rakyat tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu
memainkan peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu
insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara. Akhirnya,
kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah.
No comments:
Post a Comment