Ditulis oleh: Siti Maisarah Binti Ishak
no.siri: (025)
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum w.b.t. , ingin penulis
kongsikan sedikit pengisian yang mungkin dalam kalangan kita
alpa,lupa,buat2 lupa atau kurang pasti mengenai kesenian dalam islam yang mana
kesenian ini terbahagi kepada tujuh kesenian. Antaranya ,senikhat,seni bina,
seni suara ,seni muzik,seni ukir dan lain-lain. Bidang seni yang penulis ingin bicarakan adalah “
seni muzik” . Benarkah islam mengharamkan “ muzik ”??
Islam tidak mengharamkan muzik itu secara
mutlak, tetapi memberikan garis panduan agar muzik itu tidak disalahgunakan.
Penulisan – penulisan fiqh klasik membahagikan alat muzik kepada dua, yang
bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram
dan yang tidak bertali pula sebagai harus. Namun demikian , kajian dan
penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik , tetapi ia
melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia
meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri, dan lupa Allah ??. ataukah ia
membawa si pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar
diri dan tingkatkan ketakwaan kepada
Allah,. Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus . Hukum asalnya,
menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetik, dipukul, digesel,ditiup
atau selainnya. Yang mengharamkan atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya
yang melahirkan rentak , lagu dan irama.
Kadangkala alat muzik yang dimainkan
dengan iringan penyanyi yang keterlaluan perlu diteliti terdahulu. Dalam
hubungan ini ,selain dari bentuk rentak , lagu dan irama juga perlu dilihat
sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang menggairahkan ,
meransang nafsu dan syahwat , hatta lupa diri pada ALLAH , ia tidak diharuskan.
Begitu juga lrikik lagu yang lucah, memuji Sesuatu yang haram , mengagungkan
syaitan dan syahwat dan cinta berahi yang keterlaluan , ungkapan- ungkapan yang
syirik dan kufur, lirik2 yang becanggah dengan semangat syariat maka hulumnya Haram.
Terdapat dalil yang membuktikan bahawa
sesuatu muzik itu dihukumkan haram berdasarkan ciri yang telah diperkatakan dan
ditafsirkan para ulamak mengenai muzik dan lagu ini adalah :sepotong ayat al
–quran ada menyebut tentang menyesatkan manusia dan disebut dengan( lahwal
hadith). Yakni dalam surah Luqman , yang boleh disimpulkan oleh ulama sebagai
ayat yang mengaharamkan nyanyian dan lagu. Yang bermaksud : (( Dan diantara manusia ( ada)
orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan
dan menjadikan jalan Allah itu olok – olokan. Mereka itu akan memperolaeh azab
yang menghinakan . Surah Luqman : 6 )).
Selain dari sifat muzik, rentak ,irama,
lirik, cara dan perlakuan si pendengar ketika mendengar muzik juga akan
menentukan hukum mendengar muzik. Keterlaluan yang melampau ,ketagih serta gian
dalam mendengar muzik akan merubah hukum “harus “ kepada hukum “ haram “. Ia
telah termasuk perbuatan sia –sia dan boleh mendatangkan kesan –kesan yang
negatif. Pendengar akan terggoda ,
terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan seni kata serta
lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.
Keadaan hukum harus mendengar muzik,
nyanyian dan menonton ersembahan penyanyi dapat disimpulkan seperti berikut:
hendaklah mendengar muzik , nyanyian dan menonton persembahan itu liriknya dan
lagunya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotic seperti rentak ‘
march’. Disini dapat kita lihat pada peristiwa penghijrahan Nabi S.A.W. dari
kota mekah ke madinah , baginda Nabi Muhammad S.A.W. disambut dengan paluan kompang dan rebana dan
ia adalah sebahagian dari alata muzik. Antara majlis yang dibenarkan bermain
muzik ialah muzik dalam nyanyian
keluarga , majlis perkahwinan, perangsang dalam peperangan, dan muzik yang
mengikut pancaindera untuk mengingati Allah seperti dalam zikir ahli sufi.
Selain itu, dapat meniupkan rasa keinsafan , mengenan kebesaran Allah dan
menuju ketakwaan kepada Allah. Mendengar
muzik nyanyian ini dan menonton perembahan yang rentak irama lagu dan liriknya
dapat menenangkan jiwa, menghilangkan tekanan perasaan, mengenyahkan kebosanan serta mengemblikan
kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi.
Adakah mendengar muzik itu boleh dikatakan
satu ibadah ??
Untuk
menjadikan semua perbuatan boleh dikira sebagai ibadah ia mestilah memenuhi
syarat-syarat berikut:
1. Perbuatan
itu diterima syarak
2. Perbuatan
itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3. Perbuatan
itu dilakukan ikhlas keranaNya
4. Perbuatan
itu dilakukan oleh muslim
Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan
menonton persembahan dengan rentak ,
irama, lagu dan liriknya , selagi memenuhi empat syarat diatas ia boleh dikira
sebagai ibadah dan mendapat pahala.
Sekiranya tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah
malah termasuk sebagai perbuatan yang sia-sia
dan dilarang dsisi syarak.
Sekian
sahaja dari penulis dan moga bermanfaat kepada semua ,terima kasih..
No comments:
Post a Comment