Tuesday, January 31, 2017

FAKTOR STRES DALAM KALANGAN PENDIDIK

Ditulis oleh : SITI SARA BINTI ZULKIFLEE
No siri : 095
No matrik : 14021200

Isu stres dalam kalangan guru telah mendapat perhatian ramai dan mula dikaji seawal tahun 1970-an hingga ke hari ini. Dalam era globalisasi ini, stres sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia merupakan sesuatu fenomena yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia.  Stres kini diibaratkan sebagai pengalaman global yang dilalui oleh manusia sejagat, tidak mengira peringkat umur, bangsa dan latar belakang keluarga atau budaya seseorang.  Menurut Hassan Langgulung, pula menyatakan tidak semua orang boleh menjadi guru.  Dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat, peranan dan tanggungjawab guru turut menjadi semakin berat dan mencabar.  Profesion perguruan di Malaysia kini semakin kompleks yang mana peranan guru tidak lagi khusus kepada mengajar, mendidik dan membimbing sahaja malah telah berkembang ke tahap mensosialisasikan, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar.

Ini dapat dilihat apabila tekanan kerja berasaskan faktor-faktor tekanan berada pada tahap yang sederhana.  Faktor kekangan masa diikuti dengan faktor beban tugas, faktor penghargaan dan faktor karenah pelajar.  Oleh itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman. Tambahan pula, untuk mengenalpasti tret personaliti guru dan sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Antara faktor yang paling signifikan dari lima faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja guru. pengagihan tugas yang sesuai dan peka terhadap perhubungan di antara guru serta menganjurkan kursus atau latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja di kalangan guru. 

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidik seringkali mengalami stres di universiti walaupun tahap stres yang dialami adalah berbeza. Kesimpulannya adalah faktor beban kerja, kekangan masa, karenah pelajar, hubungan dengan rakan sekerja, ibu bapa pelajar dan pentadbir, bahan bantu mengajar, kurang sokongan dari pihak pentadbir, kesamaran peranan, mengurus aktiviti-aktiviti pelajar.  Memandangkan guru-guru merupakan aset penting yang diperlukan oleh negara, maka golongan guru perlu diberi perhatian khususnya dalam menghadapi stres.  Dengan wujudnya stres dalam kalangan guru, akan memberi impak terhadap guru dalam memberi komitmen semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di Universiti. 

Isu stres dalam kalangan pendidik bukanlah sesuatu yang baru malah banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap stres dalam kalangan guru-guru sekolah. Oleh kerana kurangnya kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti tahap stress dalam kalangan pensyarah, maka penyelidik memilih golongan pensyarah sebagai responden bagi kajian ini memandangkan pensyarah juga merupakan golongan pendidik. Langkah awal perlu diambil bagi menangani isu stres sebelum ia merebak dan menjadi sinonim dengan profesion perguruan. Sesungguhnya, kualiti pengajaran yang baik adalah datangnya dari  guru yang sihat dan bebas dari stres.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *