Ditulis Oleh: NUR FARHANA BINTI AHMAD
No Siri: 096
No Matrik:14021268
Masalah berkaitan pengkid dan gay bukanlah isu
baru dalam masyarakat kita malah dewasa ini ianya kelihatan semakin
menjadi-jadi dan seolah-olah telahpun menjadi trend bagi segelintir rakyat
negra ini. Walaupun secara relatifnya bilangan mereka yang tergolong dalam
kedua-dua kategori ini mungkin masih kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia
yang hampir 26 juta orang namun gejala yang tidak sihat ini perlu dibendung
dengan segera agar ianya tidak merebak menjadi parasit dalam masyarakat
kita.Walaupun kes pengkid itu lebih kepada isu pengedaran dadah tetapi apa yang
lebih merisaukan kita ialah terbongkarnya misteri kehidupan mereka yang selama
ini dikatakan hidup sebagai ‘suami isteri’. Lain pula halnya dengan kes gay
durjana yang lebih memeranjatkan kita dengan keberanian dan kelakuan tingkah
laku mereka di tempat awam di mana dengan beraninya mereka cuba mengurat dan
menggoda seorang lelaki di Taman Tasik Permaisuri. Malah pasangan itu juga
dikatakan bertindak agresif ke atas lelaki tersebut yang menegur dan enggan
melayan karenah mereka.
Kedua-dua kes
ini sekali lagi mencerminkan kepincangan dan tahap keruntuhan akhlak yang
begitu serius dalam masyarakat kita. Ianya muncul di kala kita masih belum
pulih sepenuhnya dan sedang mencari jalan penyelesaian untuk menangani pelbagai
masalah sosial yang sedang melanda masyarakat kita seperti kes pembuangan bayi,
penderaan kanak-kanak, anak gadis melarikan diri dari rumah mengikut teman
lelaki, gejala merokok di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah serta
lain-lain isu sosial peringkat nasional.Ternyata peredaran zaman dan dunia
tanpa batasan semakin meragut nilai-nilai murni dan adapt ketimuran yang kita
banggakan selama ini. Kekurangan didikan agama, kepincanagn rumahtangga mahupun
keluarga serta pergaulan bebas dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang
kepada penularan gejala songsang sebegini dalam masyarakat kita.
Oleh yang demikian, masyarakat tidak boleh
menganggap isu ini sebagai kes terpencil lantas tidak mempedulikannya. Kita
tidak boleh membiarkan gejala ini terus berleluasa dalam masyarakat
kita.Tindakan segera perlu diambil bagi memperbetulkan dan menyedarkan
individu-individu yang terlibat dalam gejala ini. Pihak ibu bapa dan kaum
keluarga di samping jabatan agama, kementerian yang terlibat serta pihak
penguatkuasa perlu bergabung tenaga dan idea bagi mencari jalan penyelesaian
untuk masalah ini. Masyarakat juga perlu memainkan peranan yang lebih proaktif
dengan bertindak menegur ataupun paling tidak melaporkan kes-kes sebegini jika
berlaku di kawasan perumahan dan kejiranan masing-masing. Kita perlu sedar
bahawa tindakan kita yang menutup mata dan memekakkan telinga ataupun tidak
mengendahkan apa yang berlaku disekeliling kita adalah suatu perbuatan
bersubahat.
Tiada salahnya kita menjaga tepi kain orang
dalam hal sebegini asalkan niat kita adalah betul dan ikhlas untuk menolong
mereka yang semakin terpesong. Tindakan berdiam diri kita adalah lebih teruk
berbanding kelakuan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab setiap seorang
daripada kita untuk membantu membendung gejala ini. Justeru marilah kita
sama-sama berganding bahu menyelamatkan masyarakat kita dari terus terjerumus
dan terpalit dengan pelbagai gejala sosial yang jelas merugikan agama, bangsa
dan negara.
No comments:
Post a Comment