Tuesday, January 17, 2017

HUKUM SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK

NAMA: SITI ROYHANAH BINTI MOHD ROSLAN
NO MATRIK: 14021163
NOMBOR SIRI: 078

Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yang tidak boleh dinafikan yang dinyatakan dalam al-quran dan hadis.

 Suami yang  mengabaikan nafkah merupakan dosa besar kepada Allah, boleh didakwa sama ada di dunia dan di akhirat.

Surah Al-Baqarah : 233


Allah berfirman: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnyaTidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. "

Maka, Nafkah zahir dan batin wajib diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya dengan cara yang terbaik.

Pandangan ahli Feqah, Ibnu Qudamah : Nafkah ini ialah sesuatu yang dibelanjakan oleh suami untuk melengkapkan apa sahaja keperluan isteri termasuk dalam aspek makan minum dan pakaian.

Kata Imam Nawawi : Nafkah ini ialah makanan dan pakaian mengikut musim. Nafkah ini termasuk rumah, tempat tinggal dan tempat isteri untuk duduk (sofa) dan selimut untuk isteri tidur.

Nafkah mengikut ajaran Islam adalah mengikut kemampuan suami.

Pesanan Allah kepada para suami, jika suami memberi nafkah kepada isteri, suami akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Jangan susah ditimpa kemiskinan, Allah akan beri rezeki untuk mereka yang mengeluarkan nafkah untuk tangungan ahli keluarga.

Suatu Hadis ada menyatakan jika belanjakan harta kepada isteri dan anak-anak seperti pahala lebih besar daripada fisabilillah.


Surah Al-Baqarah : 231

 Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Di mana Allah pesan jangan buat aniaya kepada isteri. Barangsiapa yang membuat aniaya terhadap isteri, dia telah melakukan kezaliman. Suami yang melakukan kezaliman terhadap isteri akan mendapat seksaan daripada Allah s.w.t.

Punca keabaian nafkah di kalangan suami terhadap isteri ialah:


1. Suami rasa cukup sekadar berkahwin dan biarkan begitu sahaja. 
2. Kekurangan pengetahuan undamg-undang.
3. Keliru dengan Keutamaan. 


Hadis Nabi : Satu dinar yang diberikan kepada isteri adalah lebih utama daripada satu dinar yang disumbangkan ke jalan fisabillah.


4. Emosi. Apabila matlamat perkahwinan tak dicapai. maka, para suami mengambil tindakan drastik menahan segala nafkah bila emosi menguasai diri. Jika suami menyekat nafkah isteri dan anak-anak maka Allah menjanjikan suami itu akan dibenamkan tujuh petala langit ke dlm bumi.


Undang-undang Enakmen keluarga Islam seksyen 49 menyebut mahkamah memanggil atau menyeret mana-mana  suami yang mengabaikan nafkah terhadap isteri.

Hindun, isteri Abu Sufian mengadu kepada Rasulullah suaminya, Abu Sufian sangat kedekut dan bakhil (tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya). Lalu Hindun memberitahu Rasulullah yang dia telah mengambil duit daripada kocek suaminya tanpa pengetahuan suaminya. Rasulullah senyum dan meyuruh Hindun mengambil harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan secukupnya.

Apabila isteri nusyuz kepada suami maka gugurlah hak bekas isteri terhadap nafkah.
Nafkah anak-anak lelaki hendaklah sampai dia boleh berdikari (bekerja)
Nafkah anak-anak perempuan sehingga anaknya kahwin.

Apabila suami mengabaikan nafkah, ia akan memberikan kesan buruk di dunia dan di akhirat, suami itu juga tidak akan hidup bahagia dan anak-anak tidak mendapat contoh yang terbaik daripada bapa mereka.

Kesan bapa yang mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak-anak:


1. Anak-anak akan membesar dengan emosi yang tidak stabil.
2. Anak-anak lelaki akan membesar terbawa-bawa sikap tak bertanggungjawab bapanya itu.
2. Anak-anak perempuan akan membesar dengan rasa benci terhadap kekejaman lelaki. Akhirnya wanita yang membesar tanpa belaian kasih sayang yang secukupnya dari bapanya, mereka ini benci pada lelaki dan benci pada perkahwinan.
kemungkinan boleh dendam pada lelaki atau terjebak pada gejala sosial.

Di akhirat nanti, isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa yang dizalimi oleh suami atau bapa yang tidak bertanggungjawab dalam pengabaian nafkah akan menuntut di depan Allah s.w.t.

Wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk mendapatkan maklumat.

Rasulullah bersabda, "Ingatlah wahai lelaki, besarlah amanah (tanggungjawab) kamu terutama dlm urusan wanita."

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;"sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hamba sahaya(untuk dimerdekakan), sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin, dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu."(Riwayat Muslim).

Sahabat Nabi, Muawiyah Al-Khusairi bertanya kepada Rasulullah, " Apa yang kita kena buat pada isteri kami." Maka Rasulullah berkata, "Apa yang kamu makan, bagi isteri kamu makan. Beri pakaian apa yang kamu pakai, jangan memukul mereka, jangan mengejek dan menghina mereka.

Suami 6P


1. Pemimpin
2. Pembimbing
3. Pelindung
4. Penasihat
5. Pemberi nafkah
6. Pengasih dan penyayang.

Doa agar dipermudahkan rezeki : Surah Al-Mumtahanah Ayat 4
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"

Doa agar hubungan menjadi baik sesama ahli kelurga, suami isteri, anak2, ibubapa dan jiran tetangga : Surah Al-Hasyri Ayat 10



"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu"

Sesungguhnya suami yang abai nafkah ini, merupakan suatu dosa besar, dunia pun sengsara, akhirat akan menderita.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *