Nama Penuh: Amatullah Tasnim Bt Che Manan
No. Matrik: 14021110 No. Siri: 045
Agama-agama wahyu telah memperakui bahawa perkahwinan pertama di
kalangan manusia adalaha yang terjadi antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan
ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t.
kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan
bagi mengembangkan ummat manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat
sementara waktu. Selain al-Quran dan Hadith, perjanjian lama dan perjanjian
baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama.
Di dalam perjanjian lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa
ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam
berkeseorangan sahaja, maka aku jadikan seorang penolong sepertinya. Berkenaan
dengan perkahwinan anak-anak adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah
sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, apa yang diriwayatkan oleh
Ibnu Jarir daripada Ibnu Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain, bahawa
mereka berkata yang bermaksud :
“sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan
diperanakkan beserta dengan anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini
dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi
kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.”
Pada masa itu, perkahwinan yang berlainan kangungan ini boleh
dianggap sebagai perkahwinan yang berlainan keturunannya.
1.
Pengertian perkahwinan :
Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan
bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata
yang memberi makna nikah, menurut peraturan yang telah ditentukan Islam.
Selain itu, perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran
iaitu bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud
perkahwinan. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang – pasangan,
menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
2.
Hukum - hukum perkahwinan di dalam Islam :
·
Wajib
Kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh
menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan dia seorang yang
mampu. Disini mampu bermaksud dia mampu membayar mahar (mas kahwin) dan mampu
memberi nafkah kepada bakal isterinya. Bagi seseorang yang tidak mampu mengawal
nafsunya hendaklah dia berkahwin daripada dia melakukan ibadah haji agar tidak
terjerumus ke arah zina. Dan sekiranya dia mampu menahan nafsunya dia boleh
mengutamakan ibadah haji kerana dia sangat mampu dari pelbagai aspek.
·
Sunat
Kepada seseorang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
·
Harus
Kepada seseorang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk
berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
·
Makruh
Kepada seseorang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan
zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada dia kaya
atau tiada nafsu yang kuat.
·
Haram
Kepada seseorang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin
dan zahir dan dia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak mempunyai keinginan
untuk berkahwin serta akan menganiayai isteri jika dia berkahwin.
3.
Hikmah perkahwinan :
-
Cara
yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ikatan perkahwinan.
-
Memperoleh
ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.
-
Memelihara
kesucian diri.
-
Menjaga
keturunan.
-
Sebagai
media pendidikan.
-
Mewujudkan
kerjasama dan tanggungjawab.
-
Dapat
mengeratkan silaturrahim.
4.
Tujuan perkahwinan menurut Islam :
-
Untuk
memenuhi tuntutan naluri manusia yang asasi.
-
Untuk
membentengi akhlak yang luhur dan untuk menundukkan pandangan.
-
Untuk
menegakkan rumah tangga yang Islami.
-
Untuk
meningkatkan ibadah kepada Allah mengikut konsep Islam.
-
Untuk
memperoleh keturunan yang baik.
Kesimpulannya perkahwinan adalah
sebuah cara bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., sama ada dari segi
ibadah atau akhlak. Kepada masyarakat diluar sana amat perlu untuk kita
mengetahui makna perkahwinan, hukum perkahwinan, hikmah perkahwinan dan tujuan
perkahwinan agar kita memperoleh kehidupan yang sejahtera dan mendapat
keberkatan dari Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment