Saturday, January 28, 2017

Seni Bina Melayu Islam

NAMA AHLI :
1.      Amatullah Tasnim Binti Che Manan
No Matrik : 14021110
No Siri : 045

2.      Nurul Syahada Binti Hassan
No Matrik : 14021150
No Siri : 043
3.      Siti Nor Liayana Binti Mohd Nazri
No Matrik : 14021160
No Siri : 047
4.      Nursyakirah Binti Mohd Zulkifli
No Matrik : 14021139
No Siri : 044
5.      Norfarahah Binti Che Ibrahim
No Matrik : 14021125
No Siri : 042


BANGUNAN SENI BINA MELAYU ISLAM
1.      Masjid ar-rahman (masjid asal mukim kedai mulong)
2.      Muzium islam negeri kelantan (galeri tok guru)
3.      Muzium istana jahar
4.      Pintu gerbang kota bharu
5.      Masjid nuraini, pasir hor
6.      Majlis agama islam kelantan (MAIK)

PENGENALAN
Seni bina merupakan seni par excellence yang berkaitan dengan pengaturan ruang. Seni bina Islam dibina bertujuan menempatkan manusia dihadapan tuhan dengan cara memperlihatkan ruang yang dibentuk, diatur, dan disesuaikan dengan pelbagai teknik seni bina. Seni bina turut membayangkan tamadun yang dilahirkan .
Perkembangan seni bina Islam di Tanah Melayu bermula setelah kedatangan para pendakwah Islam seawal abad ke 12M. Hasil peninggalan mereka telah menjadi bukti sejarah, mempengaruhi kesenian dan kebudayaan masyarakat tempatan termasuklah dalam aspek seni bina dan kesannya boleh dilihat di seluruh negara sehingga ke hari ini.
1.      MASJID AR-RAHMAN (MASJID ASAL MUKIM KEDAI MULONG)
Bangunan Masjid Lama Kedai Mulong merupakan bekas Balairong Seni Istana Raja Dewa Tuan Zainal Abidin, putera baginda Sultan Muhammad iii.
Ia dibina sekitar tahun 1900-an di Kota Bharu berhampiran Istana Balai Besar.
Sebagai sebuah balairong seri, bangunan ini mempunyai ukiran jejala dan dinding papan janda berhias yang halus seni pertukangannya.
 Selain itu, reka bentuk seni bina Islam ini melambangkan sesuatu pemeliharaan terhadap seni warisan untuk tatapan generasi masa hadapan.

2.      MUZIUM ISLAM NEGERI KELANTAN(GALERI TOK GURU)




Bangunan yang terletak di Jalan Sultan Kota Bharu adalah bekas pejabat lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Bangunan ini adalah salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang unik di Kota Bharu.
Kerja-kerja ubah suai bangunan ini telah dimula sejak awal tahun 1991 dan telah siap sepenuhnya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dangan menelan belanja RM218000.00.


Seni bina dan ukiran ayat quran di dinding, tingkap, dan terdapat ukiran ayat quran berbunga sebagai hiasan yang tergantung di bahagian dalam muzium ianya sangat melambangkan seni kreatif orang islam yang sangat cantik dan menarik.

3.      ISTANA JAHAR




Istana Jahar ini telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1886-1887). Ianya terletak berhampiran Istana Balai Besar
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan Istana yang dijadikan Muzium itu.
Selain itu, Istana Jahar melambangkan kekuasaan Sultan Muhammad.


4.      PINTU GERBANG KOTA BHARU


Dikenali sebagai Kota Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai menara Rehal. Dibina sebagai memperingati pengisytiharan Kota Bharu sebagai  Kota Budaya.
Dicatatkan dengan jelas sama dengan rupa Ibu Kota Chin-tu, Kota Seng Chih atau Kota Singa yang memilik 3 gerbang batu berupa bentuk gunungan banyak lapis,  dihiasi bunga-bunga (berupa ukiran) serta loceng emas. Berdasarkan pecahan bahagian istana di Kelantan Patani dan Kedah Siam.

Dinyatakan ia merupakan lambang ilmu Allah s.w.t. yang wujud di dunia. Pintu gerbang bukti lambang penghambaan diri kepada agama serta jiwa Melayu Kelantan. Pintu gerbang banyak menggunakan kaligrafi ayat-ayat Al-Quran. Ia menjadi manifestasi istana sebagai penyambut tetamu.

5.      MASJID NUR AINI


Masjid Nuraini telah di rasmikan pada 24 Oktober 2009 , oleh Menteri besar Kelantan , Dato Bentara Setia , Dato Haji Nik  Abdul Aziz Nik Mat .
Ia merupakan 100 % ukiran kayu pada setiap penjuru Masjid di buat khas dari bali Indonesia . Ukirannya sangat indah  dan mendamaikan serta memberikan ketenangan . Dinding-dinding kayu yang di ukir dengan ayat al-Quran dan tulisan jawi menjelaskan bahawa ia adalah lambang keagungan Islam dan menambahkan keunikan masjid ini . 

6.      MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT  MELAYU KELANTAN



MAIK ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu pengisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad ke-IV.
Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.
Selain itu, ciri-ciri seni bina Melayu Islam juga terdapat pada ukiran di dinding hadapan blok Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dalam tulisan Jawi dan ayat Quran berukiran khat yang indah melambangkan keagungan dan kemegahan Islam di Kelantan.
Akhirnya, Pada zaman tamadun Melayu, kita juga dapat menyaksikan perkembangan seni bina yang begitu hebat dengan adunan pelbagai seni bina asing yang memanifestasikan tamadun Islam. Untuk maklumat anda, seni bina nusantara bertapak sejak kedatangan Islam yang mana banyak daripadanya dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Buddha. Antara seni bina yang dapat dilihat dengan jelas di dunia Melayu ialah masjid, madrasah, istana, makam, pintu gerbang, rumah kediaman dan rumah pesara.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *