NAMA : TUAN SYAZWANI BINTI TUAN
JAAFAR
NO MATRIK : 14021194
NO SIRI : 034
MODENISASI merupakan istilah yang
digunakan bagi menunjukkan arus kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia.
Cowgill mentakrifkan modenisasi sebagai
transformasi masyarakat kepada teknologi dan mengubah pandangan tradisional
kearah kemajuan yang menekankan aspek kecekapan dan kemajuan individu dan
anggota masyarakat. Modenisasi juga merupakan istilah yang digunakan bagi
menunjukkan kemajuan atau kemodenan yang dialami oleh masyarakat dunia pada
umumnya. Modenisasi merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia dan
merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kemajuan atau proses
perubahan. Namun begitu, arus kemodenan
dunia hari ini bukan sahaja membawa perubahan kepada kecanggihan
teknologi, tetapi turut membawa perubahan budaya yang menjejaskan kehidupan
terutamanya kepada golongan muda.
Sungguhpun modenisasi menghasilkan
individu dan masyarakat yang berdaya saing dan maju, kesan yang tidak mampu
dinilai dengan mata kasar kita juga tidak kurang hebatnya. Proses modenisasi
tidak dapat dipisahkan daripada transformasi yang menyebabkan wujud dua budaya
yang saling bercanggah. Keadaan ini berlaku kerana kemodenan menjadi salah satu
platform yang mampu mengubah gaya hidup anak muda yang dahulunya sifat
traditional kepada kehidupan yang lebih maju sehingga membawa krisis
perkembangan dalam diri mereka. Hal ini dikatakan demekian kerana adanya dua
budaya yang saling bercanggah daripada budaya tradisi kepada budaya moden yang
menyebabkan anak muda mula membentuk budaya dan dunia mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment