DITULIS OLEH: SITI ERA AFIRA BT MOHAMMAD YUSOF
NO MATRIK: 14021210/NO SIRI:062
Bosnia, atau bosnia & herzagovina, adalah nama dari sebuah Negara
kecil yang terletak di semenanjung Balkan. Negara yang beribukota di Sarajevo
ini dikenali sebagai sebuah Negara eropah yang memiliki populasi penduduk
muslim yang dominan. Tragedi yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk dunia dan
masih segar dalam ingatan rakyat Negara Bosnia ialah berlakunya perang yang
sangat dasyat.
Pada 9 januari 1992, etnik Serbia di bosnia mendeklarasikan pendirian
“Republik Srpska” . pada 6 april 1992, uni eropah menyatakan pengakuannya atas
kemerdekaan bosnia. Sehari kemudian, giliran Amerika Syarikat yang menyatakan
pengakuannya atas kemerdekaan bosnia.mereka merasa geram kerana dunia
internasional memilih untuk mengakui bosnia sebagai Negara merdeka. Etnik
Serbia yang di bantu oleh tentera Serbia memulai kekocohan di ibu kota Sarajevo
dan sekitarnya . mengakibatkan wilayah-wilayah yang ditakluk oleh pasukan
Serbia menjadi sasaran pembunuhan, penyiksaan dan pemerkosaan. Merka bagaikan
tidak berperikemanusiaan mereka merogol anak-anak dara orang muslim yang paling
kecam yang dilakukan oleh mereka keatas orang muslim di bosnia ialah Membakar hidup-hidup.
Perang bosnia merupakan konflik paling berdarah dalam sejarah, jumlah
korban tewas akibat perang dilaporkan mencapai 100,000 jiwa. Selain korban
jiwa, perang bosnia juga membuat lebih dari 2juta orang kehilangan tempatr
tinggal.
Sekarang, bosnia tidak lagi
dilanda perang. Dengan bantuan dunia internasional, Negara tersebut telah
membangun serta dapat menjana pendapatan ekonomi Negara serta telah memulihkan
keadaan neraga mereka. Apapun, saya berharap semoga penduduk Negara tersebut
boleh membangun seiring dengan Negara-negara lain.
No comments:
Post a Comment