Tuesday, January 17, 2017

SENI BINA ISLAM MASJID TOK PULAU CONDONG

IJAZAH SYARIAH SEMESTER 6

PENGAJIAN ISLAM (MPW2043)

TAJUK  : SENI BINA ISLAM MASJID TOK PULAU CONDONG
NAMA AHLI KUMPULAN
NO SIRI
NURHAKIMIN BIN MOHAMED ZAWI (14021102)
103
MOHAMMAD AIZAD BIN MAZLAN (14021095)
104
MOHAMAD ZIYAD BIN MOHAMAD YUDEN (14021091)
098
AHMAD AIMAN BIN RASHID (14021080)
097
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD TAMRIN (14021234)
118
  
                   PENDAHULUAN

                            ŲØŲ³Ł… Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų±Ų­Ł…Ł† Ų§Ł„Ų±Ų­ŁŠŁ…                  

"Dengan nama Allah,Yang maha Pengasih dan Penyayang"

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT.Darinya kita memohon pertolongan dan keampunan,serta perlindungannya dari ganguan syaitan.Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT,maka mereka tidak sesat selamanya.Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruhnya.
Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT.Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad,segenap keluarga dan sahabatnya,serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari khiamat.

     Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan keizinannya,Saya telah selesai menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja khursus panel code,UUP 2012.Kajian yang kami jalankan ialah berkaitan dengan perbezaan hukuman bagi perogol berdasarkan undang-undang sivil dan undang-undang islam.

    Seperti tajuk tugasan yang telah diberikan iaitu kajian tentang "Perbezaan hukuman sivil dan hukuman islam bagi perogol",skop penulisan saya menerangkan tentang perbezaan yang ditetapkan oleh syara' dan yang ditetapkan oleh manusia akan hukuman bagi jenayah rogol.Dalam tugasan ini juga,kami ada menerangkan definisi jenayah rogol.

       Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini,dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian.Sekian terima kiasih.

PENGHARGAAN 

  Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat illahi dengan limpah rahmat dan barakahnya serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
        Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan jutaan penghargaan ini kepada pensyarah saya,ustaz TUAN MOHD SYARIFUDDIN kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya menyiapkan tugas ini dengan sempurna.
         Dengan itu juga,saya juga ingin mengucapkan terima kasih  yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya  kemudahan dan memberikan sumbangan dalam bentuk material iaitu wang   untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai  berjaya  menghabiskan tugasan ini dengan jayanya.
         Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap apa yang saya telah alpa. Meraka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya tidak dapat menjawabnya.
          Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan ini , segala kekurangan harap dimaafkan . Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.


Sekian ,terima kasih.
 Latar Belakang

Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hashim dilahirkan pada tahun 1207 Hijri bersamaan 1792 Masihi, yang dikenali dengan panggilan Tok Pulai Chondong ialah orang yang bertanggungjawab membuka Kampung Bilal Talib dan membina Masjid Pulai Chondong. Menurut sejarahnya, ketika membuka kampung tersebut terdapat sebuah pokok pulai yang besar dan condong di pinggir kampung itu. Dari situ, perkampungan, masjid dan Haji Abdul Samad diberi gelaran Tok Pulai Chondong sempena dengan pokok ini. 

Masjid tersebut dikatakan pernah terbakar dua kali pada 1820 dan 1856 sebelum Tok Pulai Chondong mengambil keputusan berpindah ke Kampung Surau tidak jauh dari penempatan awalnya itu. Pada tahun 1856 Masihi pula, dengan kerjasama penduduk beliau telah berusaha mendirikan sebuah masjid baru yang terletak di tepi Sungai Pulai Chondong dan kekal hingga kini, 
yang juga dikenali sebagai Masjid Tok Pulai Chondong yang kemudiannya dilengkapi dengan mimbar, geduk dan menara kayu.

Menara kayu yang masih kukuh dan kini menjadi tempat letak pembesar suara. Binaan masjid yang ada bukanlah binaan asal kerana ia sudah dirombak dan pengubahsuaian telah dilakukan beberapa kali. Para pengunjung dan peminat sejarah masih boleh melihat geduk dan mimbar lama yang masih disimpan di dalam masjid.

Menurut sejarahnya, Tuan Guru Abdul Samad dikatakan mencari dan memilih sendiri kayu balak dari kawasan hutan Bukit Cina kira-kira 10 kilometer dari lokasi masjid untuk membina menara kayu dan kayu itu ditarik menggunakan tali dari hutan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.

Menara itu dibina menggunakan sebatang tiang tanpa sebarang sambungan daripada umbi yang ditanam 8.3 meter dalam tanah hinggalah ke puncak menara. Menurut perkiraan masyarakat tempatan, panjang tiang kayu cengal batu yang digunakan untuk pembinaan menara ini adalah 25.6 meter dan ia diangkat secara bergotong-royong oleh penduduk kampung sewaktu membina dan menegakkan menara masjid berkenaan pada masa itu

Binaan


Masjid ini dilengkapi dengan mimbar, gendang dan sebuah menara. Menaranya dianggap istimewa dan menjadi mercu tanda di kawasan sekitarnya. Reka bentuk menara ini adalah daripada ilham Tok Pulai Chondong sendiri.
Menara masjid ini berketinggian kira-kira 57 kaki. Ia diperbuat daripada kayu cengal batu berbentuk lapan segi sekata dan ukur lilitnya berukuran kira-kira 12 kaki 6 inci. Di tengah-tengah menara ini didirikan sebatang tiang layang tidak bersambung yang menjadi paksi. Paksi ini berbentuk lapan segi sekata dan ditanam di dalam tanah sedalam 28 kaki.

Oleh kerana pada ketika itu tidak ada jentera pembinaan, ia didirikan secara bergotong-royong dengan menggunakan tenaga beratus-ratus orang lelaki. Peralatan seperti beliong, kapak dan pahat digunakan kerana menara ini diperbuat daripada kayu cengal. Sehingga kini, kesan-kesan takikan beliong dan kapak masih jelas kelihatan. Kayu untuk paksi dan dindingnya diambil di Bukit China, iaitu suatu tempat lebih kurang tiga batu dari Pulai Chondong.
Kekukuhan menara ini telah teruji ketika Kelantan dilanda ribut besar pada tahun 1880 Masihi. Walaupun kebanyakan pokok tumbang dan rumah musnah dan rosak kerana bahana ribut namun dengan kuasa Allah menara ini tegak terpelihara. Sehingga kini ia masih teguh dan digunakan lagi sebagai menara azan bagi Masjid Pulai Chondong. 


Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa 



Keistimewaan

Keistimewaan masjid ini ianya merupakan salah satu masjid yang tertua di Kelantan yang berusia lebih daripada 154 tahun. Menara masjid ini juga dibuat daripada kayu cengal yang diambil daripada hutan yang berdekatan. 


Merupakan antara 4 buah masjid bersejarah di negeri Kelantan, iaitu Masjid Muhammadi, Masjid Kampung Laut dan Masjid Langgar.Keistimewaan masjid ini ialah mempunyai sebuah Menara yang diperbuat daripada kayu cengal batu,menggunakan peralatan tradisional. Di bina pada tahun 1859.........


Seperti pada namanya, masjid ini terletak di Kampung Surau Pulai Chondong, Machang, Kelantan. Oleh kerana masjid ini sangat terkenal, maka kampung tempat berdirinya masjid ini yang semula bernama Kampung Bilal Talib, kini dikenali ramai dengan Kampung Surau.
Pendiri masjid ini ialah Tok Pulai Chondong, seorang ulama’ Kelantan yang terkenal telah terdapat riwayatnya di dalam buku Tata Rakyat Negeri Kelantan ( 1 ). Bagaimanapun, masjid yang ada sekarang adalah masjid yang dibina pada kali keduanya. Masjid pertama yang di bina jauh lebih awal di tempat yang sama ditakdirkan hangus terbakar pada tahun 1273 hijrah bersamaan 1857 masihi. Masjid yang ada sekarang dibina dalam tahun yang sama ( 1857 ),tidak lama selepas peristiwa kebakaran itu berlaku. Ia diperbuatkan daripada kayu dan dengan menggunakan alat – alat pertukangan tradisi seperti kapak, pahat, beliung dan cetar.

Yang sangat istimewa pada masjid ini ialah menaranya. Dengan ukuran tinggi 57 kaki dan diperbuat daripada kayu cengal batu yang ditegakkan dengan gotong – royong, menara ini bolehlah dianggap salah satu warisan pertukangan Melayu yang unik dan dapat dibanggakan.
Kononnya rekabentuk menara ini diilhamkan sendiri oleh Tok Pulai Chondong. Ia berbentuk lapan persegi dengan lilitan luarnya berukuran 12 ½ kaki dan tebal dindingnya 1/4 kaki. Di tengah – tengah menara terdapat sebatang tiang yang tidak bersambung. Paksi tiang ini juga berbentuk lapan persegi, tetapi dengan ukuran lilit yang lebih kecil, iaitu 43 inci di bahagian Pangkal dan 24 inci di bahagian puncak.

Menara ini mempunyai 25 anak tangga yang berbentuk trapezium, dibuat mengelilingi paksi mengikut arah lawan pusingan jarum jam. Jarak purata di antara satu anak tangga dengan satu anak tangga yang lain ialah 1 2/3 kaki. Kesemua ujung anak tangga ini dilekatkan kepada paksi ( tiang ) dan dinding menara bagi menambahkan tegak dan kukuh kedudukannya.
Sebelum bulan Disember 1958 atap menara ini diperbuatkan daripada papan bersusun, tetapi sekarang ( 2008 ) sudah bertukar kepada zink.
Menara ini sudah pun berumur 151 tahun pada tahun 2008. Ia masih tegak berdiri walaupun sedikit miring. Jika sesiapa yang belum pernah pergi ke Itali dan melihat “ Menara Condong Pisa ”nya yang masyhur, anda mestilah digalakkan untuk menziarah Menara Masjid Mukim Pulai Chondong ini sebagai bandingan.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *