DITULIS OLEH:
NURSYAKIRAH BINTI MOHD ZULKILI
NO. MATRIK:
14021139 NO.SIRI: 044
Definisi
Mazhab Hanafi menamakan jenayah ini dengan istilah jenayah separuh
membunuh. Menurut mereka, anak dalam kandungan tidak dianggap sebagai manusiaa
dengan erti kata yang sebenarnya. Dari satu segi yang lain pula ia adalah sebahagian
daripada orang lain, iaitu ibunya. Mazhab Maliki, syafi’iy dan Hanbali pula
mengistilahkan perbuatan jahat terhadap anak dalam kandungan.
Walau apa pun nama
dan gambaran yang diberikan oleh ahli fuqaha namun tujuan mereka adalah sama.
Dalam semua tafsiran, motif bagi tujuan melakukan jenayah ini ialah untuk
meggugurkan kandungan secara jahat. Atau melakukan sesuatu secara jahat yang
boleh membawa kepada berlakunya keguguran.
Jenayah ini akan
dianggap berlaku apabila berlaku apa sahaja yang membawa kepada terpisahnya
kandungan dari ibunya, sama ada dalam keadaan hidup atau mati. Walau
bagaimanapun hukuman bagi setiap keadaan tadi adalah berlainan dan berbeza.
Tidak menjadi
syarat bagi perlakuan jenayah ini bahawa ia dilakukan dangan cara tertentu.
Sebaliknya ia boleh dilakukan dengan cara tertentu. Sebaliknya ia boleh berlaku
dengan apa cara sahaja sama ada berupa perbuatan atau perkataan dan sama ada
secara fizikal atau moral.
Di antara contoh
perbuatan secara fizikal ialah seperti memukul, melukakan, menekan di atas
perut, memberi atau mengambil ubat-ubatan yang membawa kepada keguguran dan
memasukkan bahan-bahan tertentu ke dalam Rahim.
Di antara
contoh-contoh bagi perbuatan atau perkataan secara moral pula ialah seperti
mengugut, mengherdik, menyergah dan sebagainya.
Jenayah
pengguguran boleh berlaku dengan kerana perbuatan bapa atau ibu isi kandungan
itu sendiri. Walau siapa pun yang melakukannya dia tetap akan memikul
tanggujawab jenayah, dan tanggungjawab itu tidak akan diketepikan oleh
kedudukan seorang bapa atau ibu atau siapa pun juga.
Selagi isi
kandungan yang ada di dalam perut ibu itu tidak terpisah dari ibunya maka
jenayah pengguguran itu belum dianggap berlaku. Apabila A memukul B, perempuan
yang sedang mengandung, atau memberinya ubat yang kemudiannya mengakibatkan
hilangnya pergerakan yang sebelum itu dirasai oleh B di dalam perutnya, atau
mengakibat perut B menjadi kempis, jenayah terhadap kandungan belum boleh
dianggap berlaku, kerana kemungkinan apa yang dialami dan dirasai sebelum itu
semata-mata angina atau apa sahaja organ yang bergerak. Dalam kes seperti ini ,
ada keraguan sama ada kandungan itu masih hidup atau mati, sedangkan hukuman
tidak boleh dijatuhkan apabila adanya keraguan sama ada kandungan itu masih
hidup atau mati, sedangkan hukuman tidak boleh dijatuhkan apabila adanya
keraguan. Demikianlah pandangan para fuqaha mazhab empat. Asas bagi pandangan
mereka ialah wujudnya keraguan tentang keadaan kandungan itu sendiri dalam
perut ibunya.
Tetapi Imam
az-Zuhri berpendapat, di dalam kes-kes seperti ini pelaku tadi boleh dihukum
sebagai penjenayah ke atas kandungan. Kerana pada lahirnya ia telah membunuh
seorang anak dalam kandungan.
Apa pun juga
pandangan para fuqaha dahulu, adalah jelas bahawa pandangn yang boleh diterima
sekarang selepas adanya berbagai-bagai cara perubatan bagi mempastikan ada atau
tidak kandungan dalam perut ialah menyerahkan penentuan kepada pakar. Apabila
pihak perubatan dapat membuktikan ada atau sudah matinya kandungan berkenaan
disebabkan oleh perbuatan itu maka tindakan undang-undang boleh dikenakan.
Pandangan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh fuqaha
mazhab empat di atas. Kerana bagi mereka tidak adanya hukum seperti itu
disebabkan adanya keraguan. Apabila keraguan itu telah tiada maka hukuman mesti
dikenakan.
Selain itu,
hukuman itu sendiri akan berbeza mengikut keadaan janin dalam kandungan sama
ada berpisah dari perut ibunya dalam keadaan hidup atau mati.
Perbezaan-perbezaan tersebut akan dapat kita lihat dalam huraian selanjutnya di
bawah ini.
Hukuman atas jenayah terhadap kandungan
Hukuman atas jenayah terhadap kandungan berbeza mengikut keadaan
atau natijah yang dihasilkan oleh perbuatan berkenaan.
Ada lima
keadaan atau natijah tersebut, iaitu:
1.
Kandungan berpisah dari ibunya dalam keadaan mati.
2.
Kandungan yang terpisah dari ibunya dalam keadaan hidup dan
kemudian mati pada perbuatan tersebut.
3.
Kandungan berpisah dari ibunya dalam keadaan hidup dan kemudian
mati oleh sebab-sebab lain dari perbuatan tersebut.
4.
Kandungan berpisah dari ibunya,atau berpisah dari ibunya selepas
kematian si ibu.
5.
Ibu mengalami kesakitan atau kecederaan yang mungkin dapat
disembuhkan atau boleh membawa maut.
1)
Kandungan berpisah dari ibunya dalam keadaan mati
Hukuman dalam kes-kes seperti ini ialah diat anak kandungan atau
disebut dengan istilah ghurrah (غرة) . Ia mengertikan
seorang hamba, sama ada lelaki atau perempuan yang sama nilainya dengan lima
ekor unta.
Kewajipan membayar
“ghurrah” ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, katanya:
dua orang wanita dari kaum Huzail telah berbunuhan. Salah seorang daripada
mereka telah melempar yang satu lagi dengan batu lalu membunuhnya dan anak
dalam kandungannya. Perkara itu kemudiannya telah dibawa dihadapan rasulullah
s.a.w. rasulullah s.a.w telah memutuskan bahawa wajib membayar diat anak
kandungan perempuan yang terbunuh itu, iaitu seorang hamba, dan wajib juga
dibayar diat perempuan yang terbunuh oleh keluarga yang membunuh.
2)
Kandungan berpisah dari ibunya dalam keadaan hidup dan kemudian
mati oleh perbuatan jenayah tersebut.
Hukuman atas jenayah terhadap kandungan menyebabkan ia terpisah
dari perut ibunya dalam keadaan masih hidup kemudian mati selepas dari kesan
dari perbuatan berkenaan adalah qisas, sekiranya perbuatan berkenaan sengaja
dilakukan ataupun diat, sekiranya perbuatan itu tidak disengajakan.
3)
Kandungan berpisah dari ibu dan terus hidup
Hukuman atas
jenayah terhadap kandungan yang menyebabkan ianya berpisah dari kandungan ibu
dan terus hidup, ataupun mati selepas itu boleh sebab-sebab lain ialah tak’zir.
Ini kerana kematian kandungan tersebut ialah sebab-sebab lain dari perbuatan jenayah
tadi.
4)
Tidak berlaku apa-apa keguguran, atau berlaku keguguran selepas
kematian ibu
Sekiranya
jenayah yang dilakukan tidak membawa kepada keguguran atau membawa kepada
kematian ibu, atau berlaku keguguran selepas kematian ibu maka hukumannya
adalah takzir, selagi tidak ada bukti yang jelas menunjukkan bahawa kematian
atau keguguran kandungan itu tidak ada hubungannya dengan jenayah berkenaan dan
begitu juga tidak ada hubungannya dengan kematian ibu.
5)
Ibu mengalami kesakitan atau kecederaan atau mati.
Sekiranya jenyah yang dilakukan membawa kepada kecederaan atau luka
atau terputus mana-mana bahagian anggota ibu, ataupun membawa kepada
kematiannya maka hukumannya adalah hukuman bagi jenayah biasa. Sekiranya A
memberi ubat kepada B, perempuan yang sedang mengandung, dengan tujuan
menggugurkan kandungannya dan menyebabkan kematian B selepas kandungannya
gugur, maka hukumannya ialah membayar diat atas perbuatan menyebabkan kematian
B secara separuh sengaja. Diat kandungan juga mesti dibayar kerana menyebabkan
kegugurannya.
Kiffarah
Selain daripada hukuman diatas, kiffarah juga akan dikenakan, walau
bagaimanapun Imam Malik berpendapat bahawa kiffarah atas jenayah terhadap
kandungan hukumannya sunat sahaja dan tidak wajib. Manakala Imam Abu Hanifah
pula membezakan di antara gugur hidup dengan gugur mati, dimana kiffarah adalah
wajib sekiranya kandungan itu gugur dan hidup.
No comments:
Post a Comment