Ditulis oleh :
Norfarahah bt
che ibrahim
No. siri : 042
Cara yang utama dalam membentuk sebuah
keluarga bahagia ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam
keluarga. Sesungguhnya, nilai sayangmenyayangi ini akan merapatkan hubungan
kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh
hati di samping mendengar segala nasihat mereka.
Selain
itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli keluarga.
Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam
keluarga. Oleh itu, anakanak mesti menghormati ibu bapa pada setiap masa
dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda pula wajar
menghormati abang atau kakak yang lebih tua.
Kesihatan
ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk
keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga berada
dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa
mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek
kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu
bapa dan anak-anak.
Selain
menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan
pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana
anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu
bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi
membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran
tinggi dapat membantu pembangunan negara.
Keluarga
yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan anggota
keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan
anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah.
Keselamatan harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan
yang berlaku bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut
menyusahkan ibu bapa.
Pembentukan
keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan
negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu
bapa dan anak-anak mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak
kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan
mengadakan Kempen Keluarga Bahagia melalui media massa seperti
stesen televisyen dan radio.
No comments:
Post a Comment